in

Siapakah Yang Bakal Dinobatkan Juara GEGAR LAWAK?

Selepas 7 minggu bersiaran, sedar tak sedar, program realiti pencarian bakat lawak, “GEGAR LAWAK”, kini di minggu akhir. Lima peserta terbaik yang akan menggegarkan pentas akhir Gegar Lawak dan mereka terdiri daripada dua peserta solo; Eyya dan Padil, satu peserta duo; kumpulan 2B dan dua peserta trio; kumpulan Kiut dan Abata.

Eyya, satu-satunya finalis wanita, merupakan pesaing yang sukar diramal rentak permainannya dek kerana kelebihan gadis ini yang bijak menampilkan gaya persembahan lawak berbeza pada setiap minggu. Kehadiran Padil, peserta yang konsisten dan tidak pernah berada di kedudukan terbawah dalam carta undian, pastinya membuatkan finalis lain goyah dengan jejaka dari Terengganu ini.

Mewakili peserta duo di minggu akhir, kumpulan 2B yang pernah memenangi anugerah ‘Man On Demand’, melangkah megah ke pentas akhir berbekalkan kata-kata pembakar semangat yang pernah dilontarkan kepada mereka oleh juri tetap Douglas Lim, “saya gagal mencari kelemahan dalam persembahan anda”. Pastinya, saingan sengit bakal hadir daripada

Kiut, peserta yang sangat cemerlang dan telah membolot anugerah ‘Man On Demand’ sebanyak empat kali sepanjang tujuh minggu Gegar Lawak bersiaran. Tidak dilupa, Abata, kumpulan trio yang mempunyai identiti persembahan tersendiri dengan menyelitkan mesej berunsur dakwah dalam setiap persembahan mereka dan pernah memenangi anugerah ‘Man On Demand’ pada minggu separuh akhir yang lalu.

Di pentas akhir Gegar Lawak Jumaat ini, setiap finalis bakal menggegarkan pentas dengan dua persembahan lawak yang bertemakan ‘Muzikal dan Bebas’. Selain daripada barisan juri tetap, Nabil Ahmad, anak seni yang bermula sebagai seorang pelawak solo amatur dan kini sudah 1 dekad berkecimpung dalam dunia hiburan, akan turut turun padang selaku juri jemputan untuk menilai para finalis dan menunjukkan sokongan terhadap mereka. Siapakah yang akan menjulang takhta juara Gegar Lawak? Saksikan detik kelahiran pelapis pelawak tanah air pada Jumaat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebutan Kes Dadah Soffi Jikan Ditetapkan 11 April

Kisah Sebalik Lagu SEMBUNYI dari Adira