in

Jom Tonton Video Pengalaman VVIP Jumpa Finalis AF 2015

Bersempena dengan tajaan Hotlink bagi AF 2015, Hotlink baru-baru  ini telah menganjurkan satu peraduan istimewa di mana 20 pelanggan telah memenangi pengalaman VVIP bersama finalis AF 2015, iaitu Bila, Sharul, Sufi dan Syamel, sebelum konsert terakhir AF yang telah diadakan Oktober lalu.

Antara pengalaman istimewa yang dimenangi termasuk melepak di Akademi, menghadiri ‘soundcheck’, menonton persembahan finale dan beramah mesra bersama finalis!

Peraduan ini adalah salah satu lagi daripada pelbagai pengalaman menarik dan eksklusif yang telah dianjurkan oleh Hotlink khas bagi pelanggannya. Baru-baru ini, Hotlink juga telah bekerjasama dengan Hujan untuk konsert #Hujan10Tahun, dan juga telah memberi para peminat akses kepada koleksi gambar dan rakaman video Hujan yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini, yang merangkumi 10 tahun perjalanan kumpulan tersebut.

Selain itu, Hotlink juga telah bekerjasama dengan bintang hip-hop tempatan, Altimet, untuk melancarkan video muzik terbarunya yang bertajuk ‘Aku Tahu’ secara eksklusif melalui Aplikasi RED Hotlink pada 22 Oktober lalu.

Jika anda inginkan peluang untuk memenangi pengalaman VVIP seterusnya, muat turun Aplikasi RED Hotlink di Google Play untuk pengguna Android atau di App Store untuk pengguna iOS. Pengguna baru Aplikasi RED Hotlink juga akan mendapat data 1GB secara percuma untuk masa yang terhad sahaja.

Untuk menyaksikan video pengalaman VVIP bersama finalis AF 2015, sila klik sini: https://www.youtube.com/watch?v=JHCW7ymYxOY

Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi RED Hotlink, lawati www.hotlink.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon TUAN ANAS MIKAEL

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – KRAMPUS