in

Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda

Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda

Kemuncak EURO 2012 semakin hampir! Empat pasukan elit Eropah iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman dan Itali akan bersaing merebut dua tempat perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine.

Pergh! Budiey sangat teruja. Korang macamana pulak?

Tapi pada entri Budiey kali ini, Budiey tak nak cerita pasal EURO 2012 tapi Budiey nak ceritakan kepada anda tentang hal bola sepak Malaysia pulak. Iaitu kempen MENCARI RAMLI.

Ya, iklan ini adalah satu idea yang bernas berjaya direalisasikan dengan sebuah iklan TV dari TM yang Budiey siar di atas ini. Bertitik tolak dari situ, sebuah kisah seorang anak muda yang bernama Ramli mengharumkan nama Malaysia apabila beraksi dalam pasukan bola sepak tersohor, Manchester United, dan ini telah mencetuskan ilham untuk menerbitkan program bernama Mencari Ramli menerusi rancangan Kaki Bola di TV9.

Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda

Kalau anda masih ingat dengan iklan di kaca TV yang disiarkan seketika dulu, Ramli, satu-satunya anak muda yang berjaya membuatkan bapanya dan seluruh rakyat Malaysia bangga apabila terpilih menyertai pasukan bola sepak antarabangsa terunggul iaitu Manchester United.

Mulanya Budiey ingatkan ia mungkin satu rekaan semata-mata, namun kini TM dengan kerjasama TV9, mengambil inisiatif merealisasikannya menerusi segmen realiti yang diberi judul Mencari Ramli yang akan mula bersiaran pada 30 April lalu, setiap Isnin, jam 9.30 malam melalui program Kaki Bola (TV9).

Yang paling ‘best’nya segmen selama 10 minit ini tampil sebagai segmen istimewa yang menawarkan ganjaran berlatih di Manchester selain menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL). Fuh, bertuah betul kepada remaja yang menang. Ramli di sini bukan setakat penjaga gol terbaik, pemain pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik atau penyerang terbaik, malah apa yang penting sekali, Ramli yang dicari adalah pemain paling berbakat.

Budiey melihat program ini sangat positif di mana ia menjadi landasan kepada anak muda bawah 16 tahun yang berbakat besar dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan sebagai pelapis pemain negara yang berwibawa. Pendek kata ia memberi peluang kepada anak muda yang berbakat untuk menonjolkan bakat. Manalah tahu, dalam ramai-ramai peserta, pasti ada sorang dua yang menjadi pemain terhebat suatu masa nanti.

Apatah lagi kemasyhuran yang dimiliki dua pemain bola sepak negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek), menjadi inspirasi kepada peminat bola sepak negara terutama di kalangan remaja.

Budiey pasti ramai di kalangan remaja bercita-cita untuk menjadi seperti mereka berdua, mahu berjaya dan dikenali ramai dengan bijak beraksi di tengah padang. Budiey rasa, impian itu tidak mustahil akan berada dalam genggaman dengan kegigihan, usaha dan kerja keras.

MENCARI RAMLI membuka peluang kepada 30 peserta untuk merebut gelaran Ramli, terdahulu setiap calon bakal menjalani latihan intensif dan mengharungi pelbagai halangan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman. Inspirasi dan ikon mereka sudah tentu Safee dan Apek dalam program Mencari Ramli ini.

Uji bakat dilakukan oleh pihak TM sendiri bersama jurulatih FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang diadakan di seluruh negara. Semua peserta berusia 16 tahun dan mereka adalah yang terbaik. Sebelum ‘Ramli’ dipilih, mereka melalui latihan intensif dan mengharungi pelbagai halangan di bawah jurulatih FAM selama 13 minggu.

Mereka juga perlu tampil hebat daripada pelbagai posisi seperti pertahanan, serangan, pemain tengah dan penjaga gol. Semua itu akan dirakam dan disiarkan selama 10 minit dalam rancangan Kaki Bola. Oleh kerana semuanya masih bersekolah, mereka ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Budiey melihat kesungguhan semua peserta dan mereka bukan sahaja bercita-cita sebagai pemain bola sepak bertaraf dunia, malah mahu berjaya dalam bidang pelajaran.

Sepanjang 13 minggu beraksi di dalam pasukan, mereka perlu membuktikan keterampilan hebat dari pelbagai posisi termasuk pertahanan, serangan, pemain tengah dan menjaga gawang.

Perkembangan setiap calon dirakamkan dan disiarkan di dalam Kaki Bola menerusi segmen Mencari Ramli yang bakal dikendalikan Nazrudin Habibur Rahman selaku pengacara.

Sekarang ini, bantuan penonton dan pembaca budiey.com sekalian diperlukan untuk membantu menjadi juri memilih dua pemain muda Malaysia yang paling berbakat yang dipilih dari 30 orang peserta yang kini giat berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil yang mana akan dihantar ke Sekolah Bola Sepak Manchester United.

Calon juga berpeluang merebut gelaran Pemain Pilihan Ramai atau People’s Choice Player sekiranya mereka mendapat undian 100 peratus daripada sistem undian menerusi laman web rasmi Kaki Bola.

Mereka dipilih melalui sistem pemarkahan yang dilakukan dalam dua kaedah iaitu 80% peratus menerusi penilaian jurulatih dan 20% lagi melalui sistem undian di laman web.

Selain itu, peserta juga berpeluang merebut gelaran Pemain Pilihan Ramli atau People’s Choice Player sekiranya mereka mendapat undian 100% daripada sistem undian di laman web.

Peserta bertuah ini akan mengikuti rombongan dua peserta terbaik ke MU dan menjadi penonton perlawanan pasukan itu pada pertandingan English Premier League.

Untunglah peserta sebab dalam Mencari Ramli ni, tiada penyingkiran dibuat. Jadi, kesemua calon terselamat la kan.

Macamana untuk pilih RAMLI? Haaa, pastinya ramai yang bertanya pada Budiey macamana nak jadi juri untuk memilih Ramli ini, kan?

Caranya senang sahaja. Untuk pemilihan dua pemain terpilih, anda boleh mengundi secara online di mana 20% akan dikira dari undian online dan 80% lagi keputusan di tangan jurulatih. Dua orang pemenang yang dipilih itu akan layak menghadiri latihan bola sepak di Sekolah Sukan Manchester United selama 1 minggu di mana kesemua kos akan dibiayai sepenuhnya oleh TM.

Untuk People’s Choice Player pula, anda juga boleh mengundi ya kerana Budiey difahamkan 100% undian berdasarkan undian dari penonton. Pemenang kategori ini akan mendapat peluang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Old Trafford. Best kan?

TM

Untuk itu, apa kata kita layari Facebook Team Malaysia untuk mengundi peserta terbaik. Layari: https://www.facebook.com/TeamMalaysia.

1. Anda perlukan sign in peraduan ini dengan menggunakan akaun Facebook.

2. Terus ke imej pemain di page peraduan untuk mengundi player.

mencari ramli

3. Klik imej pemain untuk mengundi.

4. Anda hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja untuk seorang pemain sahaja dalam satu masa.

5. Untuk mengundi bagi bilangan yang banyak, anda boleh mendaftar sebagai member di Akaun InfoBlast: http://www.infoblast.com.my

6. Untuk mengundi secara SMS, anda boleh menghantar SMS: SMS MRAMLI 33199

Bagi Budiey, program ini sangat bagus dan wajar diadakan setiap tahun dan bagi Budiey bakat mesti diasah seawal lima atau enam tahun. Melihat pada komitmen dan kesungguhan calon, Budiey rasa bangga dengan kegigihan mereka dan kebanyakannya menjadikan Safee dan Apek sebagai ikon mereka.

Jom layari sekarang untuk memilih dan mengundi calon pilihan anda: https://www.facebook.com/TeamMalaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Persandingan Akma AF

Showcase Kumpulan JINBARA KOLABORASI MENTAL