Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











JOM SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM BARU



SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM KETIGA!

Segmen realiti, Pesona Nona yang disiarkan melalui program khusus untuk wanita, NONA kembali untuk musim ke – 3 untuk mencari bakat-bakat baru di dalam bidang pengacaraan. Segmen yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 ini sekali lagi dibawa khas oleh SAFI dan akan disiarkan di dalam program NONA, setiap jari Ahad, jam 2.00 petang mulai awal Januari 2009.

Orang ramai yang berminat untuk menghadirkan diri ke ujibakat ini harus memiliki kriteria seperti, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil Diploma dari institut pengajian tinggi yang diiktiraf, wanita berusia 17 hingga 25 tahun,berstatus bujang, berwajah menarik (fotogenik & telegenik), kebolehan bertutur dwi bahasa (bilingual), memiliki tahap vokal yang mantap dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Peserta harus membawa salinan kad pengenalan, salinan sijil pendidikan dan gambar bersaiz pasport atau 4R ketika menghadiri sesi ujibakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  TV3, Dato’ Amrin Awaluddin, “Objektif program realiti ini ialah untuk mencungkil serta menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai seorang pengacara mahupun sebagai wartawan penyiaran yang berkaliber. Peserta yang terpilih akan mendapat latihan intensif pengacaraan dan kewartawanan sama ada untuk program-program rakaman mahupun secara langsung.”

Jelas beliau lagi, “Melalui program ini  penonton boleh melihat bahawa kerjaya dalam bidang ini bukanlah mudah. Sebaliknya, seseorang harus mempunyai komitmen dan pendidikan tinggi serta personaliti yang dinamik. Mereka harus memiliki ciri-ciri yang versatil, di samping mempunyai personaliti yang menarik dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu, setiap peserta akan diberikan tugasan yang akan  memperlihatkan kredibiliti setiap peserta.”

Segmen Pesona Nona yang disiarkan selama 5 hingga 7 minit dalam program NONA ini diterbitkan oleh Syarida Sharif dan akan mula disiarkan pada awal Januari 2009.

Menurut Syarida, ”Pihak kami mengharapkan peserta yang datang ke ujibakat ini datang dari berlainan latar belakang dan pendidikan, peserta yang terpilih akan diberikan latihan asas dalam bidang penyiaran antaranya latihan vokal, penampilan, kelas penghayatan, kelas mekap, teknik menemuramah, skill komunikasi dan juga persediaan sebelum melangkah ke dunia glamor oleh tenaga pengajar  profesional.”

”TV3 sendiri akan dijadikan pusat pembelajaran untuk peserta memahami dengan lebih dekat lagi senario sebenar dunia penyiaran. Tunjuk ajar daripada tenaga pengajar profesional dan berpengalaman akan memastikan misi untuk melahirkan bakat baru yang bakal menyinari dunia penyiaran tanahair akan tercapai,” ujar Syarida.

Ujibakat akan diadakan di 9 lokasi seluruh Malaysia mengikut zon termasuklah Sabah dan Sarawak bermula pada 1 November 2008. Sesi ujibakat akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Berikut maklumat mengenai sesi ujibakat:-

Sabtu, 1 Nov 2008
M Suite Hotel Johor Bahru
Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Ahad, 2 Nov 2008
Avillion Legacy Hotel Melaka
Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Sabtu, 8 Nov 2008
Paradise Sandy Beach Resort Pulau Pinang\

Ahad, 9 Nov 2008
Holiday Villa Hotel & Suites Alor Setar, Kedah

Sabtu, 15 Nov 2008
Vistana Hotel Kuantan, Pahang

Ahad, 16 Nov 2008
Primula Parkroyal Hotel
Kuala Terengganu, Terengganu

Sabtu, 22 Nov 2008
The Palace Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Ahad, 23 Nov 2008
The Palace Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Sabtu, 29 Nov 2008
Harbour View Hotel, Kuching, Sarawak

Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Ahad, 30 Nov 2008
Harbour View Hotel Kuching, Sarawak
Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Sejarah Pesona Nona:

Mula diperkenalkan pada tahun 2006 dibawa oleh Safi.

Pemenang Musim Pertama:
1.Noor Azean Abdol Karim (Pengacara MEDIK)
2.Shana Avril (Actress & Model)
3.Sharnaz Saberi (Pelajar)

Pemenang Musim Ke-dua
1.Syarifah Norashikin (Pelakon Iklan)
2.Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (Pengacara NONA)
3.Siti Nurzafriza Mohd. Zin  (Mengikut suami ke Ireland)

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Pesona Nona Musim Ketiga Di TV3 Tajaan Safi dan Rafflesia
  • Eksklusif Gambar Maya Karin Masa Pengambaran Nona 2010
  • Gambar Fizow @ Sidang Media Pesona Nona Musim Ke-3
  • PESONA NONA PERTARUHKAN 10 GADIS JELITA
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Deko Idaman Selebriti TV3
  • SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi



  • 24 Komen untuk entri “JOM SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM BARU”

    1. redanna kata:

      26thn tak bole ke? huhuhuhh

    2. Mardiana Binti Mohd Ismail kata:

      Saya berharap TV3 akan memberi peluang kepada individu yang berumur 25 tahun ke ata dan yang sudah berumahtangga. Thanks.

    3. nurfaizah bt mohd saed kata:

      Salam, saya berpendapat bahawa umur dihadkan kepada wanita dibawah usia 35tahun agar mereka berpeluang untuk menceburkan diri di dalam program sebegini.

      Nurfaizah/Setiawangsa

    4. hazwan kata:

      umo 17tahun dah ade yg dapat diploma ke?

    5. erika kata:

      nak masuklaa… rasa perasan cantiklak masa nie..

    6. atikah kata:

      28 tahun tak bole ke masuk pengacara Nona status bujang dan masih cun lagi ni…

    7. hayati kata:

      saya bersependapat dengan nurfaizah..diharap pihak TV3 memberi kelonggaran atau perubahan pada had umur..ini dapat memberi peluang kepada mereka yang berbakat dan berminat seperti saya.diharap dapat dipertimbangkan.

    8. erz kata:

      Errm klu cert blh tak?
      berminat gak ni.

    9. sarah kata:

      eh..mcm tak kene je syarat nye.. ‘mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil Diploma dari institut pengajian tinggi yang diiktiraf’ lepastu tulis ‘wanita berusia 17 hingga 25 tahun’…

      bile pulak umur 17 dh ade diploma??
      takat spm adela..
      pelik nye..

    10. farra kata:

      Salam,saya 21thn..tapi masih lagi ada 1semester diploma layak ke?

    11. ladycaldina kata:

      stuju sgt dgn nurfaizah..had umur n marital status tu..
      i’m 25 n married..but so interested nk take part dlm pesona nona ni
      tapi tu la..klau bole status married tu x jadi penghalang coz x semua husband nowadays berfikiran kolot.

    12. ayu,johor kata:

      saye ni minat sgt bdg pengacaraan..
      saya cuma ade sijil kejuruteraan dlm elektrik tapi belom konvokesyen lg..
      layak ker??
      tapi umur kelayakkan 17-25…
      umur 17 da ade diploma ker??
      so layak x klu saya cuba mohon..?

    13. ayu,johor kata:

      emm..
      tlg beritahu scepat mgkn..
      sbb sy akn pergi ujibakat kat melaka ahad ni..

    14. D-ja kata:

      sy cuma de stpm n muet band 3 agak2 lyk x?

    15. miss nana kata:

      kwn2 yg di hormati..mksd kt atas 2 adalah sijil,diploma la…die x letak koma jer…paham2 sendiri ler..

    16. miss nana kata:

      mksd die 2 adalah sijil, diploma la…die x letak koma jer..paham2 sndiri la..kwn2 ku sekalian..

    17. mimie kata:

      sya 20 thn n tgh study diploma…ade lg setahun,layak ke ujibakat??
      nk jugakk..

    18. lily kata:

      sy ader STPM…umur 24 tahun…layak x nk g ujibakat??
      tq..

    19. Rita kata:

      Boleh x kalu pihak PESONA NONA, siaran sedutan ujibakat pada musim kedua? Terima kasih.

    20. NORA FARITTA kata:

      position pengacara ni untuk full time ke? tak boleh ke nak apply pengacara untuk part time?

    21. NUR BAIZURA kata:

      saya merupakan salah seroang peserta ujibakat di melaka. Pada pendapat saya ujibakat seumpama ini bagus sekali didakan supaya memberi ruang kepada bakat2 baru dan seterusnya mengembangkan lagi jumlah pengcara yang ada di tanah air . Ianya juga perlu bagi mebuahkan lebih banyak idea2 dari peserta bagi menghasilkan sebuah program atau rancangan tv yg terbaik.

    22. eastsmile kata:

      nurbaizura,

      mintak kongsi pengalaman uji bakat? pe yang dia tanya?

    23. Sofea kata:

      Harap TV3 dapat melanjutkan tempuh ujibakat di sri pentas. kecewa tak berpeluang di ujibakat kerana ramai yg datang.. sedih

    24. rahimah kata:

      betull.harap ujibakat akan dilanjutkan

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK