in

JOM SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM BARU

SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM KETIGA!

Segmen realiti, Pesona Nona yang disiarkan melalui program khusus untuk wanita, NONA kembali untuk musim ke – 3 untuk mencari bakat-bakat baru di dalam bidang pengacaraan. Segmen yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 ini sekali lagi dibawa khas oleh SAFI dan akan disiarkan di dalam program NONA, setiap jari Ahad, jam 2.00 petang mulai awal Januari 2009.

Orang ramai yang berminat untuk menghadirkan diri ke ujibakat ini harus memiliki kriteria seperti, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil Diploma dari institut pengajian tinggi yang diiktiraf, wanita berusia 17 hingga 25 tahun,berstatus bujang, berwajah menarik (fotogenik & telegenik), kebolehan bertutur dwi bahasa (bilingual), memiliki tahap vokal yang mantap dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Peserta harus membawa salinan kad pengenalan, salinan sijil pendidikan dan gambar bersaiz pasport atau 4R ketika menghadiri sesi ujibakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  TV3, Dato’ Amrin Awaluddin, “Objektif program realiti ini ialah untuk mencungkil serta menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai seorang pengacara mahupun sebagai wartawan penyiaran yang berkaliber. Peserta yang terpilih akan mendapat latihan intensif pengacaraan dan kewartawanan sama ada untuk program-program rakaman mahupun secara langsung.”

Jelas beliau lagi, “Melalui program ini  penonton boleh melihat bahawa kerjaya dalam bidang ini bukanlah mudah. Sebaliknya, seseorang harus mempunyai komitmen dan pendidikan tinggi serta personaliti yang dinamik. Mereka harus memiliki ciri-ciri yang versatil, di samping mempunyai personaliti yang menarik dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu, setiap peserta akan diberikan tugasan yang akan  memperlihatkan kredibiliti setiap peserta.”

Segmen Pesona Nona yang disiarkan selama 5 hingga 7 minit dalam program NONA ini diterbitkan oleh Syarida Sharif dan akan mula disiarkan pada awal Januari 2009.

Menurut Syarida, ”Pihak kami mengharapkan peserta yang datang ke ujibakat ini datang dari berlainan latar belakang dan pendidikan, peserta yang terpilih akan diberikan latihan asas dalam bidang penyiaran antaranya latihan vokal, penampilan, kelas penghayatan, kelas mekap, teknik menemuramah, skill komunikasi dan juga persediaan sebelum melangkah ke dunia glamor oleh tenaga pengajar  profesional.”

”TV3 sendiri akan dijadikan pusat pembelajaran untuk peserta memahami dengan lebih dekat lagi senario sebenar dunia penyiaran. Tunjuk ajar daripada tenaga pengajar profesional dan berpengalaman akan memastikan misi untuk melahirkan bakat baru yang bakal menyinari dunia penyiaran tanahair akan tercapai,” ujar Syarida.

Ujibakat akan diadakan di 9 lokasi seluruh Malaysia mengikut zon termasuklah Sabah dan Sarawak bermula pada 1 November 2008. Sesi ujibakat akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Berikut maklumat mengenai sesi ujibakat:-

Sabtu, 1 Nov 2008
M Suite Hotel Johor Bahru
Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Ahad, 2 Nov 2008
Avillion Legacy Hotel Melaka
Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Sabtu, 8 Nov 2008
Paradise Sandy Beach Resort Pulau Pinang\

Ahad, 9 Nov 2008
Holiday Villa Hotel & Suites Alor Setar, Kedah

Sabtu, 15 Nov 2008
Vistana Hotel Kuantan, Pahang

Ahad, 16 Nov 2008
Primula Parkroyal Hotel
Kuala Terengganu, Terengganu

Sabtu, 22 Nov 2008
The Palace Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Ahad, 23 Nov 2008
The Palace Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Sabtu, 29 Nov 2008
Harbour View Hotel, Kuching, Sarawak

Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Ahad, 30 Nov 2008
Harbour View Hotel Kuching, Sarawak
Sri Pentas, TV3 Kuala Lumpur

Sejarah Pesona Nona:

Mula diperkenalkan pada tahun 2006 dibawa oleh Safi.

Pemenang Musim Pertama:
1.Noor Azean Abdol Karim (Pengacara MEDIK)
2.Shana Avril (Actress & Model)
3.Sharnaz Saberi (Pelajar)

Pemenang Musim Ke-dua
1.Syarifah Norashikin (Pelakon Iklan)
2.Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (Pengacara NONA)
3.Siti Nurzafriza Mohd. Zin  (Mengikut suami ke Ireland)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CINTAKU FOREVER TEMUKAN YUSRY KRU DENGAN REVALINA S.TEMAT

Dato’ Siti Nurhaliza Cover Manja Singapura Bulan November