in

Jom Sertai Perarakan Maya Maxis di Hari Merdeka

[dropcap]S[/dropcap]etiap tahun apabila kita menyambut Hari Kemerdekaan, ia adalah satu adat dan budaya rakyat Malaysia untuk menyaksikan dan menjadi sebahagian daripada perarakan Hari Kebangsaan dengan semangat patriotik, iaitu satu tanda perpaduan dan kebanggaan bagi negara kita. Walau bagaimanapun, bukan kesemua rakyat Malaysia dapat menyertai perarakan ini secara fizikal dan turut serta dalam perayaan.

Jom Sertai Perarakan Maya Maxis di Hari Merdeka

[pullquote align=”right”]Maxis bangga menjadi sebahagian daripada usaha ini dan menyediakan platform digital bagi rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Hari Kemerdekaan dengan cara yang unik[/pullquote]

Oleh itu, bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan Hari Kemerdekaan dengan mengambil bahagian dalam perarakan maya Unite for Malaysia Maxis, dari mana sahaja mereka berada.

Sertai Perarakan Hari Kebangsaan secara maya dari mana sahaja anda berada dengan memuat naik gambar ke Instagram, Twitter atau melalui mylaunchpad di merdeka.mlp.my. Gambar yang paling unik dan menarik yang dihantar sebelum 9 September akan dipaparkan dalam iklan akhbar Hari Malaysia Maxis

Untuk menjadi sebahagian daripada perarakan maya Maxis, satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, pelanggan hanya perlu mengambil gambar diri mereka sendiri atau rakan-rakan, dan memuat naik gambar tersebut ke Instagram atau akaun Twitter dengan hashtag #unite4msia, dan gambar mereka tersebut akan disertakan secara automatik ke dalam perarakan di laman web mylaunchpad Maxis di merdeka.mlp.my. Sementara itu, pengguna komputer peribadi boleh terus melawat merdeka.mlp.my untuk memuat naik gambar mereka. Selain itu, gambar yang paling unik dan menarik yang dihantar sebelum 9 September akan dipaparkan dalam iklan akhbar Hari Malaysia Maxis pada 16 September.

“Ini merupakan satu lagi saluran bagi rakyat Malaysia untuk bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perarakan ini dalam erti kata maya, tetapi lebih penting lagi, berkongsikan semangat patriotisme dan kebanggaan untuk Malaysia dengan cara yang sangat unik. Oleh itu, kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini dan menyediakan platform digital kepada semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian dalam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56. Ia adalah cara yang inovatif untuk kita mempamerkan kreativiti kita dalam gambar masing-masing!” kata Mei Cheong, Ketua Jenama Maxis.

Kempen Unite for Malaysia juga akan merupakan tempoh perarakan yang paling lama di Malaysia, iaitu bermula dari 31 Ogos 2013 hingga malam sebelum Hari Malaysia pada 15 September 2013.

Jom Sertai Perarakan Maya Maxis di Hari Merdeka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keunikan Majlis Pelancaran Astro Celebrates Merdeka

Suria FM Mahu Bayar Bil Anda