in ,

Jom Sertai Peraduan Fuelled By Fans Powered By PRIMAX

Salam Isnin buat semua pembaca…

Di petang yang cukup indah ini, cuba bayangkan, anda dibawa mengembara oleh selebriti popular dengan menaiki kereta dan anda dapat mengecapi kenangan mengembara dan ronda-ronda bersamanya. Ya, bukan seorang ya, tapi lima orang selebriti… sekarang ini tengah menanti-nanti mahu memandu bersama dengan anda! Agak-agak, dengan siapa korang teringin sangat untuk ronda-ronda sambil tunggang motor?

Haa, ini je peluang yang korang ada untuk bersama selebriti pujaan hati menunggang motor. Peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup. Semuanya dengan adanya Peraduan Fuelled By Fans Powered By PRIMAX yang dianjurkan oleh PETRONAS. Bukan tu je, peraduan ini akan memberikan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada pemenang hadiah utama! Malah ada lagi lebih 800 hadiah menanti pemenang dengan nilai semuanya hampir cecah RM1 juta! Masyuk bukan?

Kesemua jumlah pemenang iaitu sebanyak 645 pemenang akan diberi peluang sama rata untuk mendapatkan hadiah utama.

Lima selebriti yang Budiey maksudkan ialah Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, pelakon dari Hong Kong iaitu Him Law dan selebriti popular dari Taiwan iaitu Bii. Budiey dah bayangkan sekarang ni, Budiey akan pilih Maya Karin atau Shaheizy Sam untuk bersama menaiki kereta.

Peraduan telah pun bermula pada 14 Oktober 2013 yang lalu dan akan berakhir pada 24 November depan.

Bagaimana Untuk Menang?

[dropcap]S[/dropcap]atu soalan yang baik. Mana-mana peraduan, semuanya pasti ada cabaran tersendiri. Perjalanan pemanduan tidaklah dekat ya, ia bermula dari stesen PETRONAS Solaris, Serdang dan berakhir di stesen PETRONAS Kulim, Kedah. Setiap pasukan akan diberikan sebuah kereta, Kad Mesra yang telah siap disi dengan minyak PRIMAX dan juga telefon pintar bersama plan data.

Cabaran diberikan kepada 5 selebriti ini untuk menggunakan segala peralatan yang digunakan dengan sebijak yang mungkin. Sebagai pemenang pula, anda akan diberi tugas untuk membantu selebriti ini dengan menggunakan platform sosial media yang anda untuk menang dalam perlumbaan ini. Bunyinya, nampak macam mudah je kan? Tapi, bila anda cuba, barulah anda tahu senang ke susah.

Pemenang akan ditentukan bukan berdasarkan dari siapa cepat sampai ke titik penamat tapi siapa yang memberikan yang terbaik semasa perjalanan.

Anda boleh mengikuti perjalanan mereka dengan mengikuti hashtag #Like2SaveFor di media sosial untuk menyertai perbualan dengan selebriti ini.

Layari: www.like2savefor.my/fuelledbyfans

Maya Shaheizy Sam

Maya Shaheizy Sam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizo Omar & Mawar Bakal Nikah 10 November 2013

GALAXY Note 10.1 2014 Edition