in

Jom Sertai Larian REVRUN di Litar Antarabangsa Sepang

Ada perlumbaan, lari pecut dan maraton, dan ada juga REVRUN oleh Revive Isotonic, larian ‘fun-run’ berpasukan yang pertama seumpamanya di Malaysia sejauh 10 kilometer yang menjanjikan keseronokan, kerahan tenaga maksimum serta laluan berlumpur.

REVRUN dibangunkan dengan formula R-E-V – R untuk ‘Road Fun’, E untuk ‘Environmental Run’ dan V untuk ‘Viper Run’. Disatukan, larian ini menjanjikan keseronokkan, kegembiraan sekali gus akan menguji ketahanan peserta, tetapi dengan kelainan. Tiga ahli dari setiap pasukan akan memulakan larian terdahulu sebelum tiba di pertengahan, sebelum mereka perlu berpecah dan menggalas cabaran berbeza dari formula yang dinyatakan itu secara bersendirian.

Jom Sertai Larian REVRUN di Litar Antarabangsa Sepang

Peserta digalakkan untuk kekal terhidrat, dengan Revive Isotonic yang akan disediakan di laluan Road Run, melonjakkan adrenalin cabaran dalam Environmetal Run serta menakluk dan melepasi halangan dalam Viper Run. Selepas menamatkan semua cabaran masing-masing, ahli pasukan akan bersatu semula sebelum melangkah melepasi garisan penamat bersama.

REVRUN UNTUK KECERGASAN BERTERUSAN
Larian Revive Isotonic menjanjikan pengalaman mengujakan, lain daripada yang lain

Diadakan pada 14 dan 15 November di Litar Antarabangsa Sepang, REVRUN merupakan larian yang mementingkan aspek keseronokkan dan cabaran dan akan memberi habuan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian. Setiap ahli kumpulan yang berjaya menamatkan keseluruhan cabaran akan menerima medal REVRUN dan sehelai baju-T penamat.

“Revive Isotonic merupakan sebuah jenama yang sangat sinonim dengan keseronokan, kecergasan dan aktiviti lasak, dan REVRUN menampilkan keseluruhan semangat berkenaan di dalam satu aksi, yang akan meletakkan penanda aras baru bagi aktiviti sukan larian di negara ini,” ujar Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan. “Peserta tidak hanya akan berseronok semata-mata dalam larian ini. Lebih penting, mereka akan menguji ketahanan dan kemampuan diri di dalam cabaran mantap yang disediakan,” tambah beliau.

Jangan lepaskan peluang untuk merebut peluang ini! Kumpulkan tiga ahli kumpulan anda sekarang. Rancang strategi berpasukan anda dan kenalpasti kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk disesuaikan dengan cabaran berkenaan kelak dan mulakan latihan. Peserta juga boleh menggunakan aplikasi REV-FIT daripada Revive Isotonic yang berfungsi untuk merekodkan aktiviti bersukan anda.

Tiket akan mula dijual bermula 1 September, dengan harga dari RM49 untuk setiap peserta bagi pembeli awal, RM59 bagi ‘Post- Early Bird’ dan RM79 bagi Kemasukan Akhir. Untuk melengkapi pendaftaran, layari www.revrun.my. Penting juga untuk dimaklumkan, pendaftaran dan bayaran hanya boleh dilakukan secara atas talian.

Peserta akan menerima emel pengesahan dan e-tiket kemasukan eksklusif. Daftar segera untuk mengelakkan diri anda daripada ketinggalan daripada menyertai aktiviti unik yang menarik ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Urban Retreat Festival MURFEST 2015

Yuna Hadiah Lagu Baru All I DO di Konsert Yuna Live in Malaysia 2015