in

Jom Sertai Bengkel MAKE ME A TV PERSONALITY

MYRYL (disebut sebagai my-real) yang merupakan singkatan bagi “Master Yourself Revamp Your Life” [www.myryl.net], ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Shuhada Alauddin 3 tahun dahulu. Ia berasa bangga kerana menjadi antara syarikat pertama yang menawarkan kursus dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku (behavioural analysis). Kelebihan mereka: membantu individu membuat pertukaran kerjaya.

BENGKEL “MAKE ME A: TV PERSONALITY” OLEH MYRYL

Selaras dengan itu, MYRYL mengadakan bengkel 1-hari pada 25 April 2015 di Hotel Vistana, Kuala Lumpur bertajuk “Make Me A: TV Personality” buat kali kedua yang bertujuan untuk membantu individu-individu yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang penyiaran tetapi berhasrat untuk menjadi Personaliti TV – sama ada sebagai hos di stesen TV atau pembaca berita, memperoleh pendedahan, bimbingan dan tunjuk ajar yang dapat membantu mereka dalam menyiapkan diri bagi sesi pemilihan dan uji bakat di stesen TV.

Myryl Nadhir

Selain Shuhada Alauddin yang bercakap mengenai personaliti, bagaimana untuk mengatasi batasan minda dan memiliki keyakinan, MYRYL juga bekerjasama dengan beberapa individu terkenal yang berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi memastikan bengkel tersebut mempunyai impak dan hubung kait dengan industri yang berkaitan.

Individu terkenal yang dimaksudkan ialah Hazrena Mohamed Kassim seorang personaliti TV3 yang merupakan salah seorang hos bagi program Wanita Hari Ini, yang bercakap mengenai bidang pengacaraan di TV; Shah Shamshiri seorang pakar media,penulis lirik lagu dan wartawan yang berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang wartawan dan juga pengalaman dalam dunia media hiburan; dan seorang penyanyi baru yang semakin meningkat naik iaitu saudari Elizabeth Tan yang berkongsi pengalaman, bagaimana beliau sendiri melalui banyak perubahan bukan sahaja dari segi kerjaya, semenjak menceburi industri hiburan yang agak berbeza daripada lulusan pengajian beliau.

“People always have a dream job that they wish they could be doing and most often these people already have a steady career that has nothing to do with their dream job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go and let it remain a dream. So that’s what I’m trying to do here today; help them see and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square one and hopefully get them one step closer to their dream” – kata Shuhada yang mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel selanjutnya, bolehlah ke www.myryl.net. Bagi mendapatkan maklumat atau untuk berhubung melalui e-mel, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar e-mel ke [email protected] .

Myryl Nadhir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater BAIK PUNYA CILOK di Istana Budaya

Persembahan LAWAK KE DER 2015 di Istana Budaya