Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Jom Sertai Battle Of Indie Band



Kepantasan media elektronik seperti radio dan televisyen dalam menyampaikan maklumat kini amat penting bagi mengimbangi kepantasan penyebaran maklumat oleh blog dan sms. Ini kerana radio dan televisyen serta media cetak tetap memainkan peranan penting bagi menyebarkan berita dan maklumat.

Seperti tahun sebelumnya, Radio Malaysia NEGERIfm sekali lagi akan mengadakan Program ‘Showcase Oghok Pikuk NEGERIfm’ yang bakal diadakan di Dataran Seremban, Negeri Sembilan pada 8 dan 9 Ogos 2009, bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam. Selain acara utama, beberapa acara sampingan telah diatur bagi memeriahkan lagi program tersebut seperti Konsert Rock yang akan menampilkan artis seperti Ramli Sarip, Kumpulan Butterfly, Grey Sky Morning dan ramai lagi. Konsert tersebut bakal dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos 2009 pada 9.00 malam.

Aideel Penerbit Battle Of Indie Band

Pertandingan ‘Battle of Indie Band’ yang akan berlangsung selama dua hari nanti turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kumpulan Indie Band yang cukup popular, ‘Grey Sky Morning’. Tiga  hadiah utama dipertaruhkan dalam pertandingan tersebut iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. Wang tunai sejumlah RM3,500 serta hadiah sampingan bakal menjadi rebutan pada yang bertanding.

“Battle of Indie Band boleh dijadikan sebagai platform untuk mengetengahkan bakat mereka yang terpendam dalam industri muzik serta menarik lebih ramai pendengar dari golongan muda untuk mendengar siaran NEGERIfm, seterusnya berkongsi pelbagai maklumat dan juga aktiviti-aktiviti yang bakal disediakan”, kata Aideel selaku penerbit program.  

Selain itu, juruhebah-juruhebah NEGERIfm akan turut serta turun padang demi memeriahkan lagi ‘Showcase Oghok Pikuk NEGERIfm’. Para pengunjung dapat beramah mesra bersama DJ-DJ kesayangan mereka serta berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan ekslusif yang telah disediakan khusus untuk program ini.

Pendekatan sebegini akan menjadikan peranan radio khususnya Negerifm terus relevan kepada masyarakat dan mampu bersaing dengan stesen radio swasta, disamping kemudahan sms dan blog yang berjaya mencuri minat dan perhatian pendengar masa kini. Program Visual Radio ini diharap dapat menarik lebih ramai pendengar setia NEGERIfm.

Mereka yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan negeri – negeri yang berdekatan seperti Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur di jemput menyertai pertandingan seterusnya hadir untuk memberi sokongan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 017-6196179 atau 013-3031010

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Indie Band Lydias Diery Yang Bakal Meletop?
  • Konsert Hujan VS Bunkface di KL Life Centre
  • Republic Of Brickfields, The Pilgrims di Konsert KAMI THE MOVIE
  • Senarai Finalis Hard Rock Cafe Battle Of The Band
  • Farai Hughgrie Is The Winner Of THE U.O.X. BATTLE OF THE BANDS!
  • Gambar One Buck Short @ Konsert KL Indie Fest 2008
  • Profile Nas-T
  • Saksikan Xpresi Kembara Di TV1
  • Hard Rock Cafe Umum 10 Finalis Battle Of The Bands
  • Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK