in

Jom Nominasikan Rakan Anda Dalam Pertandingan ‘Our Challenging Spirit’ Dari Honda

Dalam hidup kita seharian, memang tak boleh lari dari cabaran dan masalah hidup. Cabaran yang kita tempuhilah sebenarnya yang akan menentukan kematangan kita. Kalau tiada masalah, rasanya boleh buat hidup kita jadi bosan. Kadang-kadang, apabila kita menghadapi masalah, kita perlu merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman dan orang yang terdekat dengan kita yang boleh kita percayai. Contohnya, kawan-kawan atau saudara mara kita.

Orang kata, segalanya bermula dengan impian dan seterusnya impian itu yang akan dijelmakan dengan cita-cita. Dalam hidup kita, cita-cita dan inspirasi sangat penting juga. Barulah orang kata, hidup kita ada matlamat. Cakap pasal inpirasi ni, sedar tak sedar, Honda Motorsports ada menganjurkan satu pertandingan iaitu OUR CHALLENGING SPIRIT untuk kali ke-2.

Seperti sebelum ini, pertandingan OUR CHALLENGING SPIRIT membolehkan anda semua mencalonkan rakan-rakan atau kenalan yang banyak memberikan anda inspirasi atau yang telah berjaya mengejar impian dalam hidup mereka. Terdapat 4 kategori kesemuanya iaitu Dedication, Passion, Challenge dan Refinement. Korang boleh pilih salah satu kategori yang sesuai untuk mencalonkan rakan anda. Contohnya:

1. Challenge
Standing up to challenges in life, even against all odds, and succeed in accomplishing goals otherwise not achievable if not for the challenging spirit.

2. Refinement
The relentless pursuing of perfection, constant learning, patience, and un-ending commitment to strive for the best in everything that one does.

Budiey juga telah pun mencalonkan (nominate) seorang rakan wartawan yang Budiey kenali bernama Aiza, seorang wartawan yang bekerja di majalah hiburan tanahair. Budiey memang respek dengan dia dan dia banyak memberi tunjuk ajar kepada Budiey. Bagi Budiey, beliau seorang yang sangat gigih berusaha, seorang yang berjiwa kental, tabah mengharungi segala onak cabaran dan akhirnya beliau berjaya mengejar cita-citanya sebagai wartawan hiburan.

Budiey BlogOrang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih dan di mana ada kemahuan di situ ada jalan,  beliau sanggup menghadapi segala cabaran demi mencapai cita-cita. Bukan senang untuk berjaya, kalau kita tidak berusaha memang tak menjadi. Sebab kejayaan tak datang sekelip mata.

Budiey telah meletakkan Aiza dalam kategori ‘Challenge’ kerana Budiey rasa sangat teruja dengan cabaran yang telah ditempuhinya sehingga mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya.

Jom nominasikan rakan kenalan yang terdekat dengan anda. Senang sahaja caranya. Mula-mula, korang kena layari laman sesawang Honda –  OUR CHALLENGING SPIRIT di http://www.honda.com.my/ourchallengingspirit

Kemudian, korang kena klik OUR CHALLENGING SPIRIT Contest di sebelah kanan sekali.

Kat situ, ditunjuk kepada anda bagaimana cara dan sedikit info tentang pertandingan ini. Sila baca betul-betul supaya anda lebih memahami bagaimana nak menyertai pertandingan ini.

Masukkan nama anda.

Masukkan butiran diri anda seperti nama, alamat, no kad pengenalan, email dan nombor telefon.

Masukkan butiran diri anda, kemudian nyatakan dan lengkapkan mengapa anda memilih rakan anda itu.

Senang kan? Pemenang pertandingan ini akan mendapat barangan merchandise dari Honda yang best-best. Jadi, apa tunggu lagi, sertailah sekarang!

Kepada pembaca semua, Budiey harap anda juga turut sama-sama mencalonkan rakan kenalan atau sesiapa sahaja yang anda kenali secara in person. Untuk meramaikan lagi undian atau pencalonan, apa kata korang publish di blog korang. Lagi banyak korang publish, kemungkinan besar banyak peluang untuk menang.

Layari sekarang: http://www.honda.com.my/ourchallengingspirit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Norman KRU & Shireen Kahwin

W.S. Rendra Meninggal Dunia