in ,

Menangi Wang Tunai Sehingga RM67,000 Di NESCAFÉ CHILL LAH PLEX!

Pagi-pagi memang tak sah kalau tak pekena secawan Nescafe. Kalau tak minum Nescafe, mengantuk Budiey takkan hilang. Otak pun tak fresh. Bila minum Nescafe, Budiey rasa senang nak menulis dan mengupdate blog.

Cakap pasal Nescafe nih, baru Budiey perasan, Nescafe ada buat satu portal yang baru untuk korang lepak dan santai-santai dengan kawan-kawan. Laman web yang diberi nama NESCAFE CHILL LAH PLEX masih baru dilancarkan dan korang antara yang terawal yang dapat lepak-lepak kat situ.

Satu je nak puji, laman web NESCAFE CHILL LAH PLEX nih memang happening dan animasi dia cool giler!

Kalau korang sunyi dan mahu mencari kawan baru, jom lah ikut Budiey layari laman web yang sempoi nih. Selain boleh bergembira dengan kawan-kawan baru, korang juga boleh berkongsi minat yang sama.

Paling menarik, Budiey rasa korang mesti suka dengan ruangan di mana korang boleh belajar dan menulis dalam bahasa baru yang mana korang dan kawan-kawan korang je yang boleh faham. Ini bermakna, bahasa unik ini untuk korang je, kalau orang lain dengar, diorang takkan faham.

Selain itu, korang yang berbakat dalam menulis skrip, korang boleh sertai peraduan menulis skrip original dan asli dari anda sendiri. Hadiahnya… sangat lumayan sekali! Menangi wang tunai berjumlah sehingga RM67,000.

Korang yang tak berapa nak sertai peraduan ini, boleh juga menang hadiah seperti pass menonton wayang percuma. Apa yang korang perlu buat ialah cuma baca skrip original yang ditulis oleh kawan-kawan lain dan undi skrip yang menjadi kegemaran anda. Itu sahaja! Senang kan?

Atau pun, korang boleh menangi iPod Shuffles dengan hanya menghantar dan berkongsi berita dari NESCAFÉ Chill Lah Plex ini kepada kawan-kawan. Fuh! Memang happening gak tu.

Budiey pun nak cuba tulis skrip untuk masuk peraduan nih. Takde la panjang sangat Budiey tulis skrip tu. Cuma yang penting, kenalah hasil karya asal dan mestilah unik serta kreatif.

  • Mula-mula kenalah layari laman web NESCAFÉ Chill Lah Plex di http://www.kickstart.com.my/Chilllah
  • Kat situ ada senarai skrip-skrip yang telah dihantar. Siap dengan kategori skrip tu sekali iaitu korang boleh pilih untuk buat cerita Romance, Comedy, Horror atau Action.

Klik SUBMIT ENTRI untuk hantarkan skrip korang.

  • Jangan lupa untuk sertakan juga salah satu NESCAFÉ Chilled Coffee samada Black Roast, Original, Mocha dan Latte.
  • Dialog NESCAFÉ Chilled Coffee mestilah homonyms.
  • Skrip boleh ditulis dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.
  • Tulis cerita anda tidak lebih daripada 600 patah perkataan.
  • Jangan lupa untuk merujuk kepada syarat dan peraturan yang telah disediakan.
  • Ada 6 scene kesemuanya untuk korang tulis tidak melebihi 100 patah kata. Setelah selesai menulis, korang kena simpan (SAVE) dan juga korang boleh juga PREVIEW.

  • Ops, korang kenalah juga register… kasi nama username (email korang) dan juga password. Butiran pengenalan diri perlu disertakan juga, kalau tak macamana Nescafe nak hubungi korang kalau dapat hadiah.

Senang aje. Cuma yang penting kenalah kreatif.

Satu lagi benda penting yang harus korang perlu tahu, istimewa kepada penulis blog yang mendaftar dengan Nuffnang korang untuk menang amat cerah di mana akan tersenarai dalam senarai Top 20 dan sebagai bonus korang berpeluang untuk dapat wang tunai RM1000 extra!!!

Apa-apa pun layarilah sekarang: http://www.nescafe.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Rock Bersama Dayang di Hard Rock Café

Amy Mastura, Ramlah Ram, Elyana di Road Tour Lelong Amal Suria FM