in

Jom Ke Konsert Kenangan Sudirman 3 Jun Ini

Pemergiaannya selama dua dekad lalu diratapi oleh seluruh peminat. Bagi Budiey dialah lagenda penghibur nombor satu Asia, satu-satunya dari Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara pada masa itu.

Tidak lain tak bukan, tak perlu Budiey perkenalkan lagi dialah Sudirman Hj Arsyad. Siapa yang tak kenal dengan beliau, kan? Nama yang tak asing untuk kita warga Malaysia dan sampai sekarang pun, nama dia masih lagi disebut-sebut oleh generasi terbaru.

Macam-macam sejarah yang Sudirman dah cipta. Dialah orang Malaysia pertama dalam sejarah yang buat persembahan di Royal Albert Hall, London di mana dia anak jati pertama yang menang Penyanyi Asia Tahun 1989 di London, buat konsert percuma di Jalan Chow Kit, apa lagi.. macam-macam lagi lah.

Jadi, apa kata, sebelum Budiey berbicara tentang satu perkara penting kat sini, kita sedekahkan dulu Surah Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman.. Al-Fatihah…

Sudirman

Masih jelas lagi dalam ingatan Budiey, tanggal 22 Februari 1992, pada masa tu, Budiey masih belajar kat sekolah menengah. Seluruh peminat lagu-lagu beliau memang sedih sangat masa membaca dan menatap berita tentang kematian Sudirman di surat khabar.

Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arsyad yang lahir pada 25 Mei 1954 ini bukan sahaja memberi sumbangan besar kepaa dunia hiburan negara, malah Budiey rasa kita tak akan bertemu dengan orang sepertinya selepas ini. Bayangkanlah, dia melahirkan sebanyak 168 buah lagu sepanjang penglibatannya dalam industri muzik.

Aku Sudirman

Dia bukan sahaja penyanyi, malah dia boleh dikatakan sebagai seorang penghibur, pengubah lagu, peguam, penulis, pengarang buku kanak-kanak, pelukis kartun, usahawan dan juga pelakon. Pernah tonton filem KAMI? Haaa, kalau korang betul-betul jadi peminat beliau, memang tak sah la kalau tak tonton filem KAMI.

Patutlah dia digelar dengan jolokkan Penghibur Milik Masyarakat dan Seniman Rakyat, tengoklah bagaimana dia membawa dirinya sebagai seorang selebriti yang ada semangat patriotik.

Budiey pun nak buat pengakuan ikhlas, Budiey juga adalah salah seorang dari peminat Allahyarham Sudirman. Budiey sangat kagum dengan beliau yang suka tampil dengan fesyen yang unik setiap kali buat persembahan atau photo shoot. Antara, fesyen yang Budiey ingat sampai sekarang ialah, Allahyarham ni suka sangat pakai baju Melayu sedondon di mana baju Melayu, seluar termasuk songkok dan sampin pun dalam warna yang sama.

sudirman-1
Budiey menganggap Allahyarham Sudirman adalah seorang trend-setter yang mana semua stail atau fesyen beliau menjadi ikutan ramai peminat. Tak pernah lagi dibuat orang kan? Jadi, bila Allahyarham Sudirman yang mulakan fesyen macam ni, maka ramai lah yang buat baju Melayu sedondon macam ni untuk dipakai di hari raya.

Kalau disuruh Budiey tiru atau buat paradi, Budiey tak pandai nak tiru stail beliau. Cuma yang Budiey boleh tiru, gaya beliau berbaju Melayu sedondon.
Sebagai bukti Budiey meminati beliau, Budiey telah mengabadikan satu foto ni. Kononnya nak buat parodi di mana Budiey cuba untuk berpakaian seperti Allahyarham Sudirman. Tengok la gambar kat bawah ni, sama tak?

Sudirman
Budiey Sudirman

Amacam? Sebijik tak? Hahaha… tolong jangan gelak dan ketawakan Budiey ya.

Oh ya, satu lagi, kalau korang perasan, Allahyarham Sudirman ni suka betul pakai kaca mata hitam dan juga rambut depan terurai kat dahi.

KONSERT KENANGAN SUDIRMAN
Kemuncak kempen AKU SUDIRMAN, Astro akan mengadakan Konsert Kenangan Sudirman pada 3 Jun 2012, hari Ahad jam 9 malam di Stadium Bola Sepak, Cheras, Kuala Lumpur berhadapan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Budiey dengar, ramai penyanyi terkenal yang akan buat persembahan. Antaranya, Dato’ Siti Nurhaliza, AC Mizal, Jaclyn Victor, Ziana Zain, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan & The Typewriter, Hujan, Hazama, Alyah, Rahim Maarof, Osbon dan pelakon-pelakon dari filem Hoore! Hoore! seperti Akim, Kilafairy dan pendatang baru Norfarah pun ada.

Apa yang menarik tentang konsert ini, selebriti-selebriti akan menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan sendiri oleh allahyarham.

Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat-peminat Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad untuk mengimbas kembali lagu-lagu yang menjadi siulan sewaktu masa dahulu.

Konsert ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat.

Budiey dengar, pihak Astro berhajat sangat untuk mengadakan konsert Kenangan Sudirman ini di Chow Kit di mana menjadi lokasi kepada konsert Sudirman yang telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada tahun 1986.

Sudirman Konsert

Lebih kurang, konsert Kenangan Sudirman ini dapat mengembalikan nostalgia konsert oleh Allahyarham Sudirman yang memukau hampir 10 ribu warga kota seketika dulu.

Sudirman Konsert

SERTAI PERADUAN AKU SUDIRMAN DI FACEBOOK
Sempena dengan kempen AKU SUDIRMAN ini juga, Astro telah melancarkan satu aplikasi pertandingan di Facebook di mana korang hanya memerlukan kreativiti anda sendiri untuk meniru gaya seperti Sudirman Hj Arsyad.

Haaa… sebagai contohnya, boleh tengok gaya Budiey kat atas tadi. Atau banyak lagi gaya dan stail Allahyarham Sudirman yang boleh ditiru. Pakai je apa-apa pakaian yang hampir nak sama.

Sudirman

Budiey difahamkan, Astro menyediakan hadiah-hadiah yang lumayan kepada pemenang peraduan ini. Sebanyak 10 orang pemenang bertuah akan dipilih oleh Astro dan setiap pemenang akan mendapat sebuah headphone berjenama Beats by Dr. Dre  dan bukan itu sahaja, pemenang akan mendapat sepasang tiket untuk menonton filem Hooree Hoore lakonan Akim Ahmad, Kilafairy dan ramai lagi. Menarik tak?

Sudirman

Untuk penulis blog yang menyertai perarakan ini juga ada hadiah menarik di mana blogger yang paling banyak follower akan mendapat sebuah kamera digital berjenama Nikon 1V1 dengan 10-3-mm lense kit, 1 pass backstage semasa konbsert untuk beramah mesra dengan artis dan 10 keping tiket menonton filem Hoore Hoore.

Sudirman

Budiey dengan ini mengajak anda semua ke Konsert Kenangan Sudirman.

Jadi, jika anda betul-betul suka dengan gaya Budiey kat atas ni, apa kata kita buat satu team #Budieyators untuk pakai macam ni secara beramai-ramai. Lagi ramai, lagi meriah, okay kan?

Berita baik kepada semua yang join, kepada semua yang ikut serta bersama #Budieyators akan mendapat goodie bag istimewa dari Budiey.com.

Jika nak join #Budieyators di Konsert Kenangan Sudirman, bolehlah menghantarkan nama anda ke emel budiey ke budiey.isma[at]gmail[dot]com atau di twitter budiey @budiey.

Jadi, untuk info yang lebih lanjut, sila layari: FACEBOOK AKU SUDIRMAN

Juga, jangan lupa sertai peraduan Aku Sudirman: http://www.astro.com.my/akusudirman

Jumpa anda semua di sana!

Budiey tinggalkan anda dengan video parodi Sudirman ini:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sami Yusuf Bakal Lancar Album Terbaru SALAAM

England Dan Jerman Akan Tersingkir UEFA EURO 2012