in

Jom Join Peraduan Celcom ESCAPE Merdeka Video

Buat pertama kali dalam sejarah, lirik lagu telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan. Ya, jangan tak percaya ya, Budiey pun rasa idea ni sesuatu lain dari yang lain apabila bait lirik lagu WARISAN nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad “Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” menjadi tema.

Tambahan pula, Hari Kebangsaan tak lama lagi akan disambut. Sudah tentu lagu Warisan akan kerap berkumandang di radio dan di mana sahaja.

Budiey sangat suka sekali dengan tema kali ini sebab Budiey suka lagu Warisan ni. Kalau dihayati betul-betul, lagu ni dapat memberi kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara.

Cakap pasal sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 tahun ini, Budiey ada baca berita tentang Celcom telah menganjurkan peraduan untuk memeriahkan lagi sambutan. Peraduan yang diberi nama Celcom ESCAPE Merdeka Video Contest ini telah pun dilancarkan baru-baru ini.

Setelah meneliti cara-cara untuk menyertai peraduan ini, Budiey rasa teruja sangat-sangat, tak tahu nak cakap apa dan gambarkan macamana. Tapi rasa excited lain macam pulak sebab apa yang kita perlu buat adalah hanya merakam sebuah video pendek berlatar belakangkan lagu Warisan.

Melalui peraduan video ni, Budiey kira rasa kecintaan kepada negara bertambah. Setidaknya, inilah peluang untuk kita semua berkongsi cerita peribadi dan kenangan manis sepanjang berpijak di bumi bertuah serta kecintaan kepada negara.

Cara Menyertai Peraduan Celcom ESCAPE Merdeka Video

Langkah 1

Rakam sebuah video berdurasi tidak lebih dari 3 minit dengan mana-mana telefon bimbit atau alat peranti. Yang pastinya, anda perlu merakam video dengan memasukkan elemen semangat cinta pada negara sebagai warga negara yang berjiwa patriotic.

Langkah 2

Anda diwajibkan untuk memasukkan lagu WARISAN yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Lirik bait pertama Warisan iaitu ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ adalah menjadi kemestian.

Langkah 3

Upload video anda itu ke Youtube dan hantarkan pautan Youtube atau dalam bentuk DVD sebelum jam 11.59 malam pada 9 September 2014. Peserta perlu menghantar penyertaan dalam bentuk video berdurasi maksimum tiga minit dalam bentuk MOV, 25fps dengan resolusi minimum 720 X 280 untuk upload di Youtube dan emelkan link pautan kepada Celcom Escape. Ada pilihan lain, anda juga boleh menghantar penyertaan dengan menghantar video AVI, MP4 atau format H.264 berserta borang lengkap kepada ESCAPE Axiata Sdn Bhd. Info lanjut boleh anda baca di www.celcomESCAPE.com

Peraduan yang bermula 25 Jun hingga 16 September 2014 terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Seramai 9 orang pemenang akan diumumkan pada 16 September 2014 dan semua video pemenang akan dapat ditonton di laman Celcom ESCAPE pada hari yang sama.

Pasti ramai yang tertanya apakah hadiah yang ditawarkan kan? Pemenang pertama akan menerima wang tunai RM57,000 dan pemenang kedua akan menerima RM30,000. Manakala hadiah saguhati pula , pemenang akan menerima wang tunai RM10,000 setiap seorang. Pemenang akan menerima hadiah masing-masing di satu acara Penyampaian Hadiah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2014.

Budiey juga ada dengar, Celcom ESCAPE sekarang ini sedang giat mengadakan promo di beberapa buah lokasi awam dan juga institusi pengajian tinggi selurh Malaysia untuk mencungkil bakat anak muda yang kreatif.

Budiey dah pun buat satu video untuk peraduan ni. Sila klik:

Budiey tahu, ramai rakyat Malaysia ni semua kreatif. Jadi dengan ada peraduan seperti ini dapat mencungkil idea, pandangan dan minat mereka kepada pembikinan video pendek dengan mesej yang positif, semangat kenegaraan dan yang penting, ini salah satu cara untuk berkomunikasi dan berkongsi rasa meluahkan perasaan semangat cinta negara dengan semua orang di seluruh dunia.

Dalam pada tercari-cari contoh atau sample video tentang lagu tema WARISAN ni, Budiey pun terjumpa dengan sebuah video yang dibuat oleh Narmi secara eksklusif di laman sesawang ESCAPE.

Kalau anda masih belum kenal, Narmi ni adalah seorang penyanyi Youtube yang berbakat besar. Best gak suara dia. Budiey ada menonton video muzik yang dibuat oleh Narmi dengan menggunakan beberapa foto kenangan dan juga klip yang begitu nostalgik.

Apa pendapat anda tentang video ini? Sila luahkan apa sahaja pendapat di ruangan komen ya.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom pakat ramai-ramai kita join peraduan ini. Klik je sini untuk info selanjutnya: www.celcomESCAPE.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iklan Raya RTM Menang Pertandingan Promo Musim Perayaan

Race Start Season 2 in Malaysia Ticketing Details