in

Jom Join First Birthday Party Kempen Everyone Connects

Masih ingat lagi tak dengan Kempen Everyone Connects (EC) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dilancarkan setahun yang lalu. Tujuan sebenar kempen ni adalah untuk memberi mesej positif kepada belia kita bahawa pentingnya kita berhubung antara satu sama lain. Connecting, Communicate dan Collaborate.

Kalau ada pembaca yang dah lupa, lagu tema kempen Everyone Connects ini yang Budiey letak kat bawah ini mungkin boleh mengimbas semula ingatan anda.

Dan yang paling gempak, Budiey rasa korang masih ingat pertama kali dalam sejarah diadakan The Biggest Karaoke Event tahun lepas di Bukit Bintang yang dihoskan oleh Bunkface yang turut menyanyikan lagu tema ini. Happening!

Lebih gempak lagi apabila Tokio Hotel diterbangkan khas ke Kuala Lumpur untuk menjayakan kempen ini.

Lagu Through My Window terus mendapat sambutan hangat terutama golongan muda. Apatah lagi selepas penyanyi popular Mila, Tomok, Dafi, Shila (One In A Million), Reshmonu, Akim dan Bunkface menampilkan dengan cara tersendiri.

Menerusi kempen ini orang ramai boleh menyanyikan lagu Through My Window dengan cara memuat naik melalui laman web www.everyoneconnects.net .Selain itu mereka juga boleh mengenengahkan bakat mereka melalui kaunter promosi Everyone Connects yang diperkenalkan oleh TM di tempat-tempat terpilih.

Everyone Connect

JOM JOIN PARTY ULANGTAHUN PERTAMA KEMPEN EVERYONE CONNECTS ESOK!

21 November 2010, maka genaplah setahun kempen Everyone Connects ini diadakan. Jadi, TM sekali lagi akan membawakan satu event sambutan First Birthday of Everyone Connects yang akan diadakan di Center Court @Curve, Mutiara Damansara dari bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

Birthday Party ini akan dihiburkan oleh Bunkface, Summer Ash dan banyak lagi permainan yang menyeronokkan di sana. Ya, hadiah lumayan juga menanti anda di sana!

Connections make anything posible! So lets Connect, Communicate and Collaborate!

Everyone Connect

Everyone Connect

Everyone Connect

Everyone Connect

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Ayoub Lakonan Iqram Dinzly & Fizz Fairuz

AirAsia’s Junior Jet Club Loves Orangutans!