in

Jom Download Lagu AWANBAND Sebagai Nada Dering

AWANBAND adalah sebuah kumpulan yang diklasifikasikan dalam kelompok indie. Mereka mula mencipta nama pada awal Oktober 2007 dan kini mereka hadir dengan album sulung mereka, “AWANBAND”. AWANBAND terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Ully (gitaris utama), Boboi (gitaris kedua), Ijan (drum), Hassan (bass) dan Faris (vokalis). Walaupun baru saja muncul album pertama, AWANBAND telah pun mempunyai lebih 10 ribu orang peminat terutama golongan remaja di laman sosial twitter dan Facebook mereka.

awanband

Album sulung AWANBAND ini memuatkan 6 buah lagu dengan mood yang pelbagai. Selain daripada mengetengahkan persembahan vokal yang mantap serta lagu-lagu yang berkualiti, keistimewaan album ini juga tertumpu kepada kreativiti penggubahan lagu. Dengan berkonsepkan muzik progresif dan pop, album ini tentunya menepati citarasa golongan muda khususnya!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini:-
1. Lintasan bintang
2. Tunggu
3. Oh my love
4. Kartita
5. Dramatik
6. Roda khayalan

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album pertama AWANBAND yang mula berada di pasaran pada 29 September 2011 ini pada harga RM21.90! Penglibatan AWANBAND secara langsung menerusi penghasilan album ini menunjukkan betapa mereka serius dalam perjuangan muzik mereka, dan tentunya menggambarkan ‘AWANBAND’ sebagai salah sebuah album yang tidak akan menghampakan!

Single pertama mereka iaitu “Kartita” telah mula disebarkan di laman sosial AWANBAND pada tahun 2010. Pada album kali ini, “Kartita” telah diberi nafas baru dengan susunan lagu yang lebih meriah dengan penggunaan pelbagai instrument orkestra seperti violin dan cello. Rakaman “Kartita” kali ini yang dilakukan secara ‘live’ pula menjadikan lagu ini kedengaran lebih ‘hidup’ daripada rakaman sebelumnya. Menyentuh perihal mesej lagu ini, “Kartita” mengisahkan seorang lelaki yang telah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Kartita di ruangan maya.

Jom follow twitter AWANBAND: www.twitter.com/AWANBAND

KARTITA
Lagu : Faris dan Boboi
Lirik : Faris dan Dugong

Walaupun hanya di ruangan maya
Kita bersua
Membuatkan ku tertanya-tanya
Bagaimanakah
Rupa si gadis misteri
yang menemani di hati ini

Tawa riang mu
Membuatkan aku
Merasa bahagia
Tidak terkata
Apakah aku sudah jatuh cinta
Ohh pada dirinya
Atau ku hanya

(chorus)
Bermain dengan perasaan yang
Tak bisakan
Menjadi kenyataan
Pada akhirnya
Namun ku tetap
Kan setia menyimpan cinta

Apakah aku sudah
Jatuh cinta padanya
Atau ku hanya bermain
Dengan perasaan yang
Tak bisakan
Menjadi kenyataan
Pada akhirnya

(Ulang chorus sekali lagi)

Kartita ohh kartita
ohh kartita
na na na na na na
Kartita ohh kartita
ohh kartita
na na na na na na
Kartita ohh kartita
ohh kartita
na na na na na na
Kartita

Jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Kartita” sebagai nada dering anda. Untuk Maxis Caller Ringtones, dial *131*234023# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, dial *118*129909# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.channelx.com.my. Manakala Digi Caller Tunes pula, taip CTdan hantar ke 2000, ataupun layari http://ct.digi.com.my. Bagi U Mobile Colour Tones, dial *118*5*2*# dan tekan call/send ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Faizal Tahir di Sidang Media Mentor 6

Filem Sesuatu Yang Tertinggal