• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Jom Download Aplikasi Dragon Dictation Sekarang & Menangi Ganjaran Lumayan

0
  • by Budiey
  • in Advertorial · Gadget
  • — 23 Nov, 2012
Zaman sekarang makin canggih. Setiap hari pasti ada gadget dan aplikasi terbaru dicipta. Sampai Budiey pun tak terkejar untuk ‘follow’ semua aplikasi yang ada. Maklumlah sibuk memanjang. Tapi nak tak nak, kenalah tahu sikit-sikit teknologi ni sebab sekurang-kurangnya, dengan gadget dan aplikasi inilah yang membuatkan dunia kita lebih cepat bergerak dan melakukan kerja dengan berkesan. Nanti dicop ketinggalan zaman pulak.

Betullah orang kata, cinta itu buta. Kalau dulu, Budiey bercinta bagai nak rak dengan operasi Android, sekarang ni, Budiey jatuh cinta pulak dengan iOS pulak. Ada sebab mengapa Budiey suka guna iOS sekarang ni…

Antara salah satu sebab utama mengapa Budiey lebih suka untuk menggunakan iOS ialah kerana ada satu aplikasi yang sangat berguna untuk memudahkan menjadikan kerja Budiey lebih cepat.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang aplikasi yang Budiey maksudkan, sila baca info kat bawah ni.

Apa-apa pun gajet yang anda guna tu, matlamatnya adalah sama je. Yang penting adalah ianya mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia luar dan sesiapa sahaja.

Minggu lepas, Budiey ada mencuba salah satu aplikasi dari Nuance yang berupaya memudahkan kerja Budiey sebagai penulis blog yang sentiasa sibuk ke sana-sini sepanjang hari.

Budiey perhatikan, aplikasi dari Nuance ni ada ramai juga followernya. Apa taknya, buat masa sekarang aplikasi ni diberikan percuma. Sape tak nak, kan? Terbukti dah berjuta-juta pengguna dan beribu-ribu perniagaan telah guna aplikasi.

Budiey dikhabarkan aplikasi ini mencapai rekod tempat pertama dan kedua jumlah muatturun paling banyak di hampir semua negara yang dilancarkan.

dragon
Aplikasi yang baru sahaja dilancarkan ini dikenali sebagai Dragon Dictation dan Dragon Search juga boleh dimuatturun secara percuma, tak perlu bayar apa-apa untuk masa sekarang. Jadi apa tunggu lagi. Jangan berlengah-lengah lagi. Cepatlah muatturun sekarang!

Apa yang penting, aplikasi ini dibuat dalam bahasa Melayu.

Memang senang sangat nak guna sebab ia dibuat khusus istimewa untuk orang Malaysia. Ianya disediakan untuk gadget seperti iPhone, iPad dan iPod Touch sahaja.

Dengan aplikasi Dragon Search pula membuatkan proses carian di Google, Yahoo, Youtube dan sebagainya menjadi lebih cepat dan senang.

Di sini Budiey nak ceritakan secara lebih lanjut tentang Dragon Dictation sebab rasa teruja nak cerita dan berkongsi faedah aplikasi ini kepada pembaca sekalian.

Dragon
Pertama kali guna aplikasi Dragon Dictation ni, Budiey terkejut gak sebab kerja Budiey jadi lebih mudah dan jimat masa. Apa yang perlu kita buat hanya mengeluarkan suara atau senang citer, kita bercakap dan seterusnya aplikasi ini akan menukarkan suara kita dalam bentuk tulisan.

Yang paling bagus, aplikasi ni dapat mengecam bahasa pertuturan bahasa Melayu. Ini bermakna aplikasi ni dapat membaca dan menangkap maksud dalam bahasa Melayu. Itu yang membezakan aplikasi ini dengan aplikasi yang ada di pasaran.

Itu yang penting bagi orang kita yang mahu menukarkan suara kepada tulisan dalam bahasa Melayu.

Budiey pun ragu-ragu juga, betul ke aplikasi ni boleh berupaya mengecam bahasa Melayu? Jadi, Budiey pun cuba menggunakan aplikasi ini untuk menukarkan suara percakapan kepada tulisan.

Dragon

Haaa, jadi sekarang terbuktilah, aplikasi ni memang gempak punya.

Memang berkali-kali ganda kerja Budiey jadi lebih produkif.

Selain jadi lebih produktif, Budiey kira aplikasi ini meringankan beban kerja sebagai penulis blog sepenuh masa yang aktif ke sana sini setiap hari.

Pasti korang tertanya-tanya apa kegunaan dan ‘special’nya aplikasi ini, kan?

Secara ringkasnya, aplikasi Dragon Dictation ini akan menukarkan apa yang kita percakapkan kepada perkataan dan ia tersedia dalam banyak bahasa. Anda boleh pilih bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain yang disediakan dalam aplikasi setting.

Anda boleh menggunakan suara dan boleh mengawal alat peranti kita tadi walaupun semasa melakukan kerja multi tasking.

Ini berguna sangat semasa Budiey menulis entri di mana-mana event yang memerlukan Budiey mengemas kini dengan lebih cepat. Seperti di Anugerah Skrin yang lalu, Budiey dengan cepatnya mengemaskini entri tentang event ini dengan lancar tanpa sebarang masalah untuk menaip.

Budiey juga menggunakan aplikasi ini semasa menemubual selebriti dan artis. Tidak perlu untuk menulis setiap jawapan artis. Hanya record sahaja suara artis, dan aplikasi ini akan menukarnya dalam bentuk perkataan.

Sebelum ini, bila Budiey ada idea di minda, secara langsung, Budiey terus menaip dan menulisnya, kalau tak cepat-cepat tulis, nanti Budiey mudah lupa pulak. Bila nak ingat balik, idea dah hilang entah ke mana. Payah pulak nak re-call balik. Tapi, selepas diperkenalkan dengan aplikasi Dragon Dictation ni, segala masalah ni takkan berlaku. Sekarang ni, bila ada idea dan sesuatu isi penting, Budiey terus rakam menggunakan suara dan aplikasi ini menukarkan suara Budiey tadi dalam bentuk perkataan.

Kalau korang tak caya, korang boleh cuba. Belum cuba belum tahu.

Dahlah senang nak guna dan tak sampai 2 minit je makan masa yang sangat singkat untuk download. Cari je aplikasi ni kat Apple Store (iOS).

Aplikasi ni juga menjimatkan masa Budiey semasa mengarang entri blog. Bukan itu sahaja, kita juga boleh pilih cara penghantaran mesej, karangan dan juga penulisan kita tadi dengan memilih ikon yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan dalam aplikasi ini.

Budiey tengok ada 6 cara atau kaedahnya, iaitu emel, Facebook, Twitter, Salinan, potongan dan teks. Sangat mudah!

Semalam, Budiey ada mencuba kaedah yang melalui Facebook.

Sangat senang. Kalau kurang faham, jom Budiey ajarkan ni.

dragon

Pertama sekali kena klik ‘Setting’ di bahagian kanan aplikasi ini. Anda boleh ubah bahasa kepada Bahasa Malaysia supaya aplikasi ini senang untuk detect segala sebutan yang anda sebut dalam bahasa Melayu.

Orait, sekarang… kita mahu menghantar secara terus dari aplikasi ini kepada status Facebook kita ya.

Klik simbol record dan paparan Revording’ akan keluar di iPad. Sekarang kita boleh cuba baca status yang ingin kita update di Facebook. Budiey buat contoh kat bawah ni. Budiey baca: Sekejap lagi saya akan ke KLCC untuk menonton wayang.

dragon

Satu lagi, tips yang Budiey nak berikan kepada anda ialah, kalau boleh bacalah dengan nada yang kuat dan terang supaya ia mudah dicerna dan difahami oleh aplikasi ini. Kalau tak, nanti akan keluar perkataan yang lain pula.

dragon

Selepas login Facebook dan kita akan diberi tahu samada mahu menghantar mesej yang kita baca tadi di Facebook atau tidak.

Klik OK untuk hantar dan secara otomatik, sepantas kilat, mesej kita tadi akan tertera di Facebook.

dragon

Jadi, sekarang kita dah tahu kegunaan aplikasi ini, tak rugi kalau korang juga download dan guna aplikasi ini sekarang.

PERADUAN APLIKASI DRAGON DICTATION DI BUDIEY.COM

Okay, Budiey rasa tak perlu nak cakap banyak lagi tentang faedah dan kelebihan aplikasi ni kat pembaca semua. Sebabnya, korang kena cuba aplikasi ni. Lepas cuba, baru tau macamana berkesannya aplikasi ini. Belum cuba belum tahu, kan?

Budiey pun dah cuba dan terus setia untuk menggunakan aplikasi ini setiap hari, jadi anda semua perlu download gak.

Jadi, pakat mai ramai-ramai download sekarang aplikasi Dragon Dictation dan cuba teknologi canggih dan kehebatan yang ada pada aplikasi ini.

Dan, bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dari Nuance dan hadiah goodie bag dari budiey.com! Haa, ini peluang keemasan anda.

Sebelum Budiey lupa, sebagai penentuan pemenang, Budiey akan pilih entri yang paling lucu dan kreatif. Hadiahnya sangat lumayan berupa ganjaran misteri daripada Nuance yang sangat bernilai tapi misteri. Sebagai tambahan Budiey akan memberikan hadiah:

1. Tempat Pertama: Goodie Bag bernilai RM200 dari Budiey.com

2. Tempat Kedua: Goodie Bag bernilai RM100 dari Budiey.com

3. Tempat Ketiga: Goodie Bag bernilai RM50 dari Budiey.com

Jadi, ingat ye, tulislah slogan yang kreatif, lagi kreatif lagi ada peluang untuk menang.

Yang penting sekali syaratnya pembaca semua memuatturun aplikasi Dragon Dictation ni. Tak rugilah, sebab apa yang Budiey tahu, aplikasi ini dah banyak kali dimuatturun oleh pengguna.

Sudah tiba masanya Budiey meminta pertolongan anda semua membantu Budiey bagi mendapat ganjaran misteri yang akan diberikan oleh Nuance kepada penulis blog yang paling ramai menerima entri peraduan dari jumlah download aplikasi paling banyak. Untuk info anda semua, Budiey akan bersaing dengan Beautifulnara bagi menentukan penulis blog mana yang paling ramai mendapat jumlah entri peraduan pembaca.

Jika anda suka, sila vote untuk budiey dengan hanya memuatturun aplikasi Dragon Dictation dan sertai peraduan ini. Itu sahaja.

Jadi, luangkan masa anda untuk hantar entri peraduan ini secepat mungkin ya.

Serta tak lupa juga ganjaran misteri untuk pembaca yang hantar entri paling kreatif juga.

Bagaimana caranya?

  1. Di bawah ini, Budiey akan ceritakan bagaimana anda boleh rebut hadiah misteri yang lumayan ini dengan hanya memuatturun aplikasi Dragon Dictation.
  2. Ingat aplikasi ini dan search aplikasi ini di iOS… Dragon Dictation. Muatturun aplikasi Dragon Dictation di Apple Store ya.
  3. Selepas selesai download aplikasi Dragon Dictation, anda hanya perlu mencipta slogan dengan jawapan ini dengan lebih kreatif:                                                                                “Mengapakah Budiey seorang wira Dragon yang tulen? dengan menggunakan aplikasi Dragon Dictation seperti mana yang Budiey letakkan kat perenggan atas tadi.
  4. Emelkan printscreen jawapan anda itu kepada budiey di emel: [email protected]
  5. Mudah kan? Lakukan sekarang!

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Peraturan:
1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Pemenang akan dihubungi melalui email.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: PERADUAN APLIKASI DRAGON DICTATION DI BUDIEY.COM

Tarikh tutup peraduan:
7 Disember 2012

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Budiey harap, pembaca semua faham bagaimana nak join dan hantar peraduan ini. Lagi banyak hantar lagi bagus.

Anda juga boleh berkongsi dan ceritakan tentang aplikasi ini kepada semua kawan-kawan di Facebook dan Twitter dengan menggunakan hashtag #PeraduanDragonDictationBudiey.

Tak rugi dan jangan lupa suruh mereka menyertai peraduan ini. Lumayan beb hadiahnya…

Jadi tunggu apa lagi, jom muatturun sekarang aplikasi Dragon Dictation di gadget atau alat peranti anda sekarang dan sertai peraduan yang Budiey anjurkan ini.

Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Aplikasi Paling CanggihbeautifulnaraDownload AplikasiDragon DictationDragon SearchfacebookKegunaan Dragon DictationReview Dragon Dictatetwitter

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Carmen Soo di Pelancaran Produk InnerShine RubyCollagen
  • Next story Gambar Izara Aishah di Karpet Merah Shout! Awards 2012

ENTRI BERKAITAN

  • Maxis Plan VS ‘Pesaing’ Plan: Mana Lebih Baik? 9 Apr, 2010
  • ADV: Besarkan Payudara Anda Sekelip Mata dengan BRA AJAIB 1 Feb, 2010
  • Hewlett-Packard Penaja Utama Sensasi Selebriti Budiey.com RM18441! 9 Oct, 2008
  • Dapatkan Tudung Istimewa Dari Dlia Jane Collection 13 Apr, 2009

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Nurhaliza on:Dayana, Azzam, Arill dalam Drama Misteri Rumah Tua
    • MeYmEy on:Nadia Mustafa, Leez Rosly, Nisha Dirr Dalam Cubit Cubit Sayang
    • nora on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.