in

Jom Balik Raya Di Suria Ubat Gigi Safi & Mydin

Jom Balik Raya Di Suria Bersama Ubat Gigi Safi dan Mydin
96 pemenang bertuah di taja oleh ubat gigi Safi untuk pulang berhari raya!

Syawal kali ini pastinya lebih bermakna untuk 96 pemenang bertuah yang memenangi tiket pergi balik istimewa tajaan SAFI ke tiga destinasi pilihan iaitu Pulau Pinang, Kota Bahru dan Kuala Terengganu. Keriangan dan keseronokan berhari raya jelas terpancar di wajah para pemenang apabila mereka menerima hadiah mereka pada majlis yang dianjurkan baru baru ini di Mydin Sri Kota, Jalan Tun Perak untuk pertandingan “Jom Balik Raya Di Suria Bersama Ubat Gigi Safi dan Mydin”.

Shila menemui peminat bertuah yang memenangi tiket pulang berhari Raya Safi

Pertandingan “Jom Balik Raya Di Suria Bersama Ubat Gigi Safi dan Mydin” adalah kolobrasi antara Jenama nombor satu halal Malaysia SAFI bersama stesen radio terulung tempatan Suria FM dan Mydin. Dengan pembelian ubat gigi Safi bernilai RM5, mereka bukan sahaja berpeluang memenangi tiket pulang berhari raya malahan hadiah hadiah esklusif daripada SAFI.

“Syawal adalah satu sambutan yang merapatkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan, dan SAFI amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada memori istimewa mereka. Apa yang lebih menarik para pemenang bukan sahaja menerima satu tiket pergi dan balik berhari raya malah sehingga lima tiket untuk setiap pemenang” Jelas Pn Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kanan SAFI

Selain daripada tiket pulang berhari raya, para peserta turut berpeluang memenangi hamper esklusif ubat gigi SAFI dan produk terpilih daripada SAFI BALQIS. Suria FM juga turut berbesar hati memberikan duit raya kepada para peserta. Semestinya kemeriahan sambutan yang berganda daripada SAFI. Turut hadir di majlis penyampaian tersebut adalah Duta SAFI BALQIS penyanyi muda berbakat besar Shila Amzah.

Salam Syawal daripada Ubat Gigi Safi, Semarakan Syawalmu bersama Safi!

Ubat Gigi Anti-Kaviti SAFI dengan Garam Bukit dan Kayu Sugi
Ubat Gigi Anti-Kaviti SAFI dengan Garam Bukit dan Kayu Sugi dirumus khas untuk memberi perlindungan maksimum anti-kaviti dan memutihkan gigi. Ia diperkaya dengan kebaikan Garam Bukit serta 84 mineral aktif yang bertindak memineralkan semula gigi. Ia juga mampu meneutralkan asid plak yang menjadi punca kaviti, khususnya selepas makan. Di samping membersihkan gigi, ia juga bertindak mengembalikan tahap normal pH mulut dan kesegaran nafas. Formulasi unik ini juga menghasilkan kuasa dwi-tindakan dengan Ekstrak Kayu Sugi yang memutih dan menguatkan gigi. Hasilnya, gigi kuat tanpa kaviti dan putih bersinar dengan Ubat Gigi Anti-Kaviti SAFI dengan Garam Bukit dan Kayu Sugi.

Jenama SAFI
Jenama SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, talkum dan deodoran. Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan
kehadiran produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden dan feminin. Kini, SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, syampu,deodoran, talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, produk penjagaan peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.

Para pemenang bersama DJ Suria FM

Tahniah kepada para pemenang

DJ Suria FM bersama duta Safi Balqis Shila Amzah turut hadir memeriahkan majlis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amber Chia Kongsi Tips Kecantikan I Love Beauty

KL Tower International Jump Malaysia 2011