in ,

Jom Baca Ulasan & Sertai Peraduan di KakiWayang.com

Jom Baca Ulasan & Sertai Peraduan di KakiWayang.com – Laman sesawang untuk rebiu filem berbahasa Melayu 

Semalam, Budiey telah adakan Movie Day Out menonton filem Happy Feet Two bersama dengan Isma AF7 dan disertai bersama 16 orang pembaca. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Harap korang enjoyz the movie & berpuas hati dengan goodie bag yang dihadiahkan.

Rata-rata Budiey dengar semua berpuas hati dan enjoy dengan Happy Feet 2 dan masing-masing sibuk mengulas tentang filem ini. Masing-masing ada pendapat yang berbeza dan Budiey telah mencadangkan pada mereka untuk membaca ulasan lanjut di sebuah laman sesawang yang memberikan ulasan filem terbaik iaitu KakiWayang.com.

KakiWayang

Biasanya, itulah yang kita buat sebelum pergi menonton filem di pawagam. Paling kurang pun, kita pasti nak bertanya pada kawan-kawan tentnag filem sebelum kita ke pawagam. Setidak-tidaknya kita nak cari rujukan tentang filem terbabit terlebih dahulu kan? Nak tau la kan filem tu best atau tak, apa pendapat orang lain?

Orait, sekarang ni, dengan adanya sebuah website review filem tempatan dan luar negara, anda tak perlu lagi nak ‘google’ dan mencari satu-satu website atau blog yang membuat ulasan tentang filem yang anda ingin tonton? Lagi pun, Budiey lihat website terbaru ini dibangunkan oleh 4 orang anak muda yang sangat suka menonton filem, dan mereka memberikan pendapat yang 100% jujur dan menarik. Review meliputi keseluruhan filem termasuklah susunan jalan cerita, senarai pelakon, perkembangan plot, kekurangan dan kelebihan setiap filem.

KakiWayang

Korang dah tengok filem yang di-review? Yeah, apa lagi, jom la kongsi review anda pula di website KakiWayang.com untuk menjadi rujukan orang lain pula. Dengan sistem rating baru yang terdapat di KakiWayang.com, anda boleh berikan ‘star rating’ sesebuah filem. Anda juga boleh komen pendapat dan review orang lain di ruangan komen. Jika anda ingin menulis juga ada ruangan “Penulis Jemputan” di website tersebut.

KakiWayang

Antara filem terbaru yang terdapat di KakiWayang.com yang Budiey suka baca:

  1. Ombak Rindu
  2. Petaling Street Warriors
  3. Seeking Justice
  4. Puss in Boots
  5. Ra-One
  6. Klip 3gp

Oh ya sebelum Budiey terlupa, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Contest #1 KakiWayang.com!!

Contest ini berlangsung dari 1 Disember 2011 hingga 15 Disember 2011 dan menawarkan 2 tiket percuma untuk pemenang. Jawab soalan mudah dan lengkapkan slogan yang diberikan. Jom sertai peraduan ni sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Sempena Tahun Baru di The Saujana Hotel KL!

PESAWAT Lancar Single Terbaru Bandaraya Ibukota