in

AirAsia Anjur Temu Duga Terbuka Kru Kabin di Johor Bahru

AirAsia anjur temu duga terbuka kru kabin di Johor Bahru Temu duga terbuka ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbangan itu untuk mencari kakitangan berbakat di negeri tersebut

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bakal menganjurkan temu duga terbuka kru kabin pada 4 November 2017 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Temu duga ini juga adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbangan tersebut untuk mencari kakitangan berbakat di negeri tersebut, seterusnya membantu mengembangkan lagi hab Johor Bahru.

AirAsia Cabin Crew Walk In Interview Johor

AirAsia Anjur Temu Duga Terbuka Kru Kabin di Johor Bahru

Suhaila Hassan, Ketua Kumpulan Kru Kabin, AirAsia Berhad berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan temu duga terbuka kru kabin di Johor Bahru kerana kami percaya terdapat ramai bakat-bakat baharu yang boleh dikembangkan di sini.

“Selain menjadi duta kepada syarikat penerbangan, tugas kru kabin juga merangkumi pelbagai aspek penting; menjadikan ia kerjaya dan gaya hidup yang mengujakan, selain terjamin. Kami mencari mereka yang berminat untuk menerokai bidang penerbangan dan sedia untuk menjadi sebahagian daripada kru kabin terbaik di dunia. AirAsia meraikan kepelbagaian dan percaya bahawa semua orang kelebihan tersendiri. Justeru, kami menawarkan peluang untuk para Allstars berkembang dan maju ke hadapan – semuanya dengan pakej imbuhan, ganjaran dan pelbagai manfaat yang menarik.”

Selepas Johor Bahru, temu duga terbuka tersebut bakal dianjurkan di Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 11 November 2017, serta di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asian (AACE) di Sepang pada 25 November 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Clean Bandit Lancar Single Terbaru I MISS YOU Feat. Julia Michaels

Pesawat A320neo Pertama Yang Dipasang Di Tianjin Diterima Oleh Airasia