John Ford Coley Live Di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

Hard Rock Café Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan anda seorang legenda muzik klasik sejati yang cukup di kenali di segenap lapisan dunia; John Ford Coley di dalam showcase istimewa pada 4 Mei 2008 (Ahad) ini, pada pukul 10.00 malam.

John Ford Coley; seorang penyanyi yang cukup berbakat besar, pemuzik terkemuka, pemain piano klasik yang cukup profesional, pemain gitar, pelakon dan juga seorang penulis di lahirkan pada 13 Oktober 1951, di Dallas, Texas.

John cukup di kenali sekali ketika dia menubuhkan kumpulan duo  England Dan & John Ford Coley sehingga melayakkan mereka mendapat pencolonan Grammy pada ketika itu. Selain daripada itu, mereka juga berjaya menghasilkan 8 album bersama dan ada di antara album tersebut yang melayakkan mereka mendapat anugerah triple platinum dan juga anugerah emas. Mereka cukup di kenali dengan lagu-lagu hits seperti I’d Really Love to See You Tonight, Love is the Answer, Nights Are Forever without You, We’ll Never Have to Say Goodbye Again, Simone, Gone Too Far, Soldier in the Rain, Westward Wind, Part of Me, Part of You, Falling Stars, Only A Matter of Time, Just Tell Me You Love Me, Broken Hearted Me, Longer, Lady, Make it with You dan banyak lagi.

Antara penghibur terkemuka dunia yang pernah bekerjasama dan membuat persembahan dengan John Ford Coley adalah Elton John, Bill Cosby, Led Zeppelin, Air Supply, Steve Miller Band, Loggins and Messina, Heart, Bread, Carly Simon, Chicago dan juga Carole King.

Kumpulan ini di bubarkan pada tahun 1980. John kemudiannya mula menjinak-jinakkan diri dengan dunia lakonan dan percubaan pertama beliau adalah di dalam filem – filem yang bercorak kotemporari remaja membuahkan hasil sehingga beliau berjaya membeli sebidang ladang ternakan. Bertitik tolak dari situlah John mula mendapat jemputan untuk mengacarakan rancangan The Midnight Special, selain daripada menjadi pengacara jemputan bagi rancangan The Tonight Show, David Soul and Friends, American Bandstand, Hollywood Squares (A Special Rock Edition), Prime Time Country dan Trinity Broadcasting Network. Ada juga beberapa rancangan televisyen dan filem yang menggunakan lagu-lagu John. Di antara lagu-lagu tersebut adalahJust Tell Me You Love Me, Dr. Pepper, Major League, Back To The Minors, James at 16 dan Maxwell House Coffee di mana John berkolaborasi dengan penghibur terkemuka dunia; Paul Newman di Jepun.

Pada tahun 1996, John berpindah ke Selatan Tin Pan dan mula membuat lawatan ke Nashville untuk menjadi sebahagian dari projek komuniti muzik daerah tersebut. Tidak terhenti setakat itu sahaja. John juga mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang penulisan sehingga terhasilnya 2 buah buku, di mana masing-masing mengenai perjalanan hidup beliau dalam bidang seni dan juga mengenai pegangan agama Kristian (spiritual) beliau.

Sehingga hari ini, John masih lagi membuat persembahan di serata pelusuk dunia. Dan buat kali pertamanya juga, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur akan menyaksikan kehebatan sebenar legenda klasik rock ini membuat persembahan buat semua peminat-peminat beliau di sini! Showcase istimewa ‘satu malam sahaja’ ini akan berlangsung pada 4 Mei 2008 (Ahad) ini dan ia merupakan sebahagian dari rangkaian ‘Konsert Jelajah Hard Rock Cafe Asia Bersama John Ford Coley’. Di antara lokasi-lokasi yang bakal menjadi medan persembahan John termasuklah Hard Rock Cafe Singapura, Hong Kong, Beijing dan Bangkok. Para peminat John Ford Coley yang berada di Kuala Lumpur sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton beliau di dalam showcase yang buat julung kalinya di adakan di sini! Sudah pasti ini bakal menjadi salah satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan!

Bayaran Masuk bagi Showcase Istimewa Bersama John Ford Coley ialah RM50, termasuk satu minuman.

Hard Rock Café Kuala Lumpur terletak di Jalan Sultan Ismail. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03- 2715 5555.

[tags]john ford coley live, hard rock, kuala lumpur, The Tonight Show, David Soul and Friends, American Bandstand, Hollywood Squares, Special Rock Edition, Elton John, Bill Cosby, Led Zeppelin, Air Supply, Steve Miller Band, Loggins and Messina, Heart, Bread, Carly Simon, Chicago, Carole King, Prime Time Country, Trinity Broadcasting Network, John. Di antara lagu-lagu tersebut adalahJust Tell Me You Love Me, Dr. Pepper, Major League, Back To The Minors, James, Maxwell House Coffee[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro

Gambar Artis di Anugerah Bintang Popular 2007