Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Joget Lambak Bersama Fara TV3 Hari Raya Pertama



Musim raya; musim di mana stesen tv seluruh Malaysia berebut-rebut dan berperang untuk menggamit penonton dengan hidangan program-program yang menarik. Seakan sudah sinonim, hari raya dengan program muzikal dan hiburan merampas masa kita yang sepatutnya diisi dengan menziarahi saudara rakan taulan. Penonton pula memang tidak lepas daripada kaca TV yang asyik memainkan program hiburan seperti lagu-lagu raya dan filem blockbuster.

Pada Hari Raya pertama, jam 5 petang, TV3 mengajak anda untuk berjoget bersama Fara dalam Joget Lambak Bersama Fara. Sebuah program muzikal raya yang menampilkan lagu-lagu joget dan zapin sebagai tema pengisiannya dan penonton hanya akan disajikan sebuah saja lagu raya di penghujung rancangan. Dikendalikan oleh hos paling meletop sampai 2 stesen tv berebut-rebut mengambil dia jadi hos, tidak lain tidak bukan…. siapa lagi kalau bukan Fara Fauzana. Laris di pasaran! Fara dibantu oleh dua pelakon lain di dalam sitkom Fara iaitu Danny dan Yanie. Turut menampilkan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Daud Kilau, Adibah Noor, Jay Jay, Senario, Fabulous Cats dan Fahmi Mentor, selain membicarakan tentang genre joget, muzik joget dan tarian joget.

Peminat boleh melihat Fara Fauzana menari joget tradisional untuk pertama kalinya. Fara Fauzana hanya sempat belajar joget selama empat jam saja daripada salah seorang anak murid Pak Ngah.

Dihiasi dengan set yang menampilkan ciri-ciri tradisi Melayu oleh perekanya, Azmi Alias, Joget Lambak Bersama Fara turut dihiasi dengan tarian-tarian joget oleh lebih 30 penari Swatari di bawah naungan Pak Ngah Productions serta iringan muzik yang diketuai oleh Faizal Uzir. Tirai persembahan dibuka dengan nyanyian lagu joget Dia Datang oleh Datuk M.Daud Kilau dan kumpulan Senario, diikuti pula dengan persembahan oleh Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu tradisional popularnya, Nirmala. Fahmi daripada program Mentor musim pertama tidak melepaskan peluang berduet dengan abangnya, Azlee dari kumpulan Senario melalui lagu Pantun Budi.

Manakala kumpulan hip-hop terkenal, Fabulous Cats menunjukkan bakat mereka menyampaikan lagu joget berjudul Joget Pujuk Sayang, di mana lagu yang merupakan kesinambungan kepada lagu popular mereka Papa Jahat itu digubah semula dengan cukup menarik daripada rentak hip-hop kepada joget. Persembahan diteruskan dengan lagu-lagu medley Joget Mak Enon dan Joget Angan Tak Sudah oleh Jay Jay, sebelum ia diteruskan pula oleh Raja Gelek, Datuk M.Daud Kilau yang membawakan lagu Laksamana Raja Di Laut. Adibah Noor dan Senario pula muncul dengan lagu mereka Zapin Cinta SMS diikuti pula dengan persembahan solo oleh Adibah menerusi medley Joget Pahang dan Joget Berhibur. Kumpulan rock, Def Gab C juga tidak ketinggalan untuk cuba ‘beralih angin’ ke genre joget dengan menyampaikan lagu Joget Cinta Sakti, sebelum pentas diambil alih pula oleh Senario sekali lagi dengan membawakan lagu Joget Toleh Menoleh.

Tirai persembahan ditutup dengan kemunculan sekali lagi Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Kurik Kundi, sebelum disertai oleh semua barisan artis menyampaikan lagu raya Sesuci Lebaran serta berjoget lambak beramai-ramai dengan ‘diketuai’ oleh Fara sendiri.

siti nurhaliza

[tags]Fara fauzana, joget lambak, fara hot fm, laman web fara fauzana, blog fara, joget lambak hari raya tv3, program tv hari raya, Joget Lambak Bersama Fara, gossip fara, gossip melodi terkini, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Daud Kilau, Adibah Noor, Jay Jay, Senario, Fabulous Cats, Fahmi Mentor, angkasawan malaysia live, gambar terkini siti nurhaliza, siaran langsung angkasawan malaysia, gambar angkasawan malaysia, soyuz tma, majalah urtv online, 3gp fara main bola, futsal video youtube[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Raya, Abang! Mak Panggil Balik Lakonan Isma Yusoof
  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Keputusan Pemenang Hits 1 Final & Tahniah Ramlah Ram Ketentuan
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Gambar Red Carpet Fara Fauzana di ABPBH2010
  • Gambar Fara Fauzana di Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Fara Fauzana Hos Program Kepohnya Raya di Astro Ria
  • Gambar Fara Fauzana & Penyampai Hot FM di AJL26
  • Trivia: Fara Fauzana Suka Cermin Mata D&G
  • Gambar Fara Fauzana & Faizal Ismail Bersahur Bersama Peminat



    • Min-Selangor

      Fara…tolong download lagu Zapin,Inang (Noraniza Idris) utk saya

    • puteri diana

      Fara Fauzana ……
      kitaorang satu family minat kat awak….
      semoga sentiasa gembira dengan apa yang awak buat….
      all the best…..

    • secret

      fara hot fm hot beb…wakakaka……

    • http://babajani mahira asirah

      SAYA SUKA TENGOK MASA KAK FARA MINTA MAAF KAT ABG FBI,MASA KAK FARA NANGIS 2 SAYA PALING SUKA,RASA NAK NANGIS SAMA PUN ADA,RASA NAK GELAK PUN ADA.KALU SAYA GELAK NANTI ORG KATA SAYA TAK BETUL PULAK,ORG NANGIS DIA GELAK PULAK.KLAH, SAYA DOAKAN KAK FARA DIMURAHKAN REZEKI N SENTIASA ADA PEMINAT SETIA SEPERTI SAYA.BYE…………………….ASALAMMUALAIKUM.

    • http://- cristina

      saya suka kak fara tu….semoga dea panjang umo da ade peminat setia,SAYA SUKA DIE!!!!!

    • papai

      i luv u fara…..

    • http://erhm syada

      hai fafau

    • syahira farhana

      salam……..
      sy xsuke sumer nyer..
      kwan sy pn…
      nmer dy mekyah

    • crah

      SALAM,CRAH MEMANG MINAT FAFAU ,CHAIYOK!!!!

    • http://www.nureyzal101.blogspot.com/ Nureyzal Shoppe

      Assalamu’alaikum & Salam 1 Malaysia

      FORMULA 1 F1 10 HARI LAGI AKAN MENGAUM..

      ZROOOMMMM makan asap…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK