in , , ,

Jeritan Batinku Arahan Micheal Ang Untuk Slot Tribute P.Ramlee

Suhan Movies Trading Sdn Bhd mengetengahkan ramai pengarah muda yang amat berbakat dan salah seorang daripadanya ialah Michael Ang. Kehebatan pengarah yang berusia 38 tahun ini boleh disaksikan menerusi telemovie bertajuk Jeritan Batinku yang akan disiarkan pada 14 Disember 2014.

Dua rangkap lirik ini mengingatkan kita kepada suara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh Azlan & The Typewriter feat AG. Lirik yang puitis akan lebih menarik jika diterjemahkan melalui telemovie. Oleh yang demikian, RTM menerusi TV1 akan menyiarkan telemovie yang menterjemahkan lagu-lagu P.Ramlee menerusi slot Tribute P.Ramlee.

Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada…

Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

“Jeritan Batinku” menampilkan Amar Asyraf dan Erin Malik sebagai pelakon utama. Telemovie ini mengetengahkan Remy (Amar Asyraf) seorang remaja berumur 21 tahun yang bermasalah. Kedegilannya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, sehingga ayahnya, Datuk Hassan dan ibunya Datin Mariam tidak tahu lagi bagaimana cara ingin mendidik Remy. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menghantar Remy ke rumah datuknya, Kassim yang buta di Melaka.

Remy membantah dengan keras tetapi terpaksa mengalah apabila ayahnya menggertak untuk mengambil semua kesenangannya. Kassim merupakan seorang yang pendiam dan hidup secara sederhana di Melaka.

cinta remaja

Jasmin (Erin Malik) seorang remaja berumur 20 tahun. Walaupun Jasmin datang dari sebuah keluarga yang berada di Melaka tetapi dia selalu menunjukkan dia seorang yang miskin. Jasmin tinggal bersama-sama neneknya, Sabariah yang merupakan seorang yang kaya raya di Melaka. Walaupun kaya Sabariah, cuma mengguna sebuah beca untuk bergerak di Melaka.

Setiap hari, Jasmin akan selalu menolong seorang lelaki buta, Kassim yang bermain saxophone di hadapan Christ Church, tempat kunjungan ramai pelancong.

Pada satu hari satu perselisihan faham berlaku apabila Jasmin yang sedang menolong Kassim disangka cuba menipu Kassim oleh cucunya Remy yang baru tiba dari Kuala Lumpur. Bermula dari pertemuan itu, Jasmin dan Remy selalu bertengkar dan tak sebulu walaupun pada hakikatnya mereka saling suka-menyukai. Perangai mereka yang suka melawan lama-lama berubah dan perubahan ini dapat dirasai oleh Kassim dan Sabariah.

Semuanya berubah pada satu hari apabila pertengkaran antara Jasmin dan Remy berakhir dengan Jasmin dimasukkan ke hospital. Di hospital Sabariah mendapat tahu tentang perhubungan antara Jasmin dan Remy. Sabariah menentang perhubungan tersebut dan tidak membenarkan Jasmin berjumpa lagi dengan Remy.

Oleh kerana tidak dapat melawan perasaan, Remy berjanji untuk bertemu dengan Jasmin sekali lagi. Namun Jasmin tidak muncul-muncul. Remy diberitahu yang Jasmin terlantar di hospital. Ketika Remy ingin keluar dari rumahnya, dia diserang barah otak dan dimasukkan ke hospital selama 6 bulan.

Rupa-rupanya Jasmin masih hidup lagi. Akhirnya mereka berdua dapat bertemu dan segala rahsia terlerai. Setelah pertemuan mereka di hospital tersebut akhirnya keluarga mereka reda dengan kekukuhan cinta mereka berdua. Mereka dibenarkan bernikah.

Di masjid, Remy dan Jasmin dinikahkan walaupun dalam keadaan mereka tenat. Lalu bagimanakah kesudahannya?

Amar Ashraf

babak sedih

Erin Malik

watak utama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Empire Hotel & Country Club Empayar Keriangan

Sekitar Media Preview Of The Barclays Premier League Trophy & The Capital One Cup