in ,

Jenazah Azean Irdawaty Selamat Dikebumikan

Syukur alhamdulilah, jenazah primadona filem Melayu, Azean Irdawaty selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 12 tengahari tadi. Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Bandar Utama dan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara, Damansara sebelum dikebumikan. Antara artis hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Fatimah Abu Bakar, Othman Hafsham, Zulkifli Zain, Melissa Saila, dan Norlia Ghani.

Jenazah Azean Irdawaty Selamat Dikebumikan

Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya.

Pelakon itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 63, dan juga tiga anak mereka, Khaeryll Benjamin (Benjy), Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan. Sumber: Mstar Online

Jenazah Azean Irdawaty Selamat Dikebumikan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azean Irdawaty Meninggal Dunia

CEO Maxis Ajak Follower Chit Chat di Twitter Hashtag #MortenMaxis