in ,

Jenama Fesyen Terkenal Sempena Kempen GEMILANG Merdeka

Menyemarakkan sambutan Merdeka 2015, GEMFIVE.com membawakan jenama fesyen terkenal oleh pereka tempatan menerusi portal atas talian mereka sepanjang akhir Ogos sehingga awal September ini bersempena Kempen GEMILANG Merdeka!

Lapan jenama terkenal hasil rekaan pereka fesyen tempatan kini boleh didapati menerusi portal beli belah atas talian terbaharu di Malaysia ini (www.gemfive.com.my/proudly-malaysian), iaitu Cassey Gan, Christy Ng, Commodity, Dipped Row, Fern, Frankitas, Jeoel dan Line 32.

Kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan adalah komitmen GEMFIVE dalam menampilkan produk Malaysia di arena tempatan sehingga ke persada dunia. Selain 8 jenama ini, GEMFIVE bakal mengenengahkan lebih banyak lagi jenama tempatan di masa hadapan.

GEMilang Merdeka di GEMFIVE – Kebanggaan Malaysia!

Kesemua jenama ini adalah rekaan anak Malaysia yang pernah belajar atau bekerja di luar Malaysia dan kini kembali ke negara ini atas semangat patriotisma untuk mengukuhkan jenama masing-masing. Setiap rekaan fesyen menampilkan nilai estetika tersendiri dengan kreativiti artistik tanpa mengenepikan nilai komersil. Hasil inovasi para pereka ini turut terlihat menerusi usaha mereka yang kontra menongkah arus konvensional menerusi pengukuhan pemasaran di kesemua media sosial dan laman atas talian.

Sinopsis ringkas berkenaan pereka fesyen dan jenama yang menyertai:

Cassey Gan
Koleksi rekaan Cassey, graduan London College of Fashion pernah ditampilkan dalam edisi global Vogue Italia “Discovering fashion’s future generation of talents” bersama 33 graduan UK terpilih yang lain. Gaya dan keselesaan merupakan elemen terpenting label ini. Kesemua rekaan beliau yang diterap dengan elemen moden menawarkan fokus kepada kemasan gaya dan fungsi. Koleksi wajib dimiliki buat si gadis urban!

Fern
Pereka fesyen Malaysia, Fern Chua, merupakan nama yang tidak asing dalam penghasilan rekaan astetik tersendiri. Rekaan beliau ‘The New Batik’, berkonsepkan silang-budaya antara elemen kontemporari dan tradisional hasil kolaborasi bersama Ruzz Gahara – rumah batik Kelantan yang terkenal dengan hasil seni kraf berkualiti tinggi.

LINE 32
LINE 32 didedikasikan khas buat para wanita Malaysia – yang berani bereksperimentasi dalam gaya tersendiri. Jenama ini mementingkan kualiti, kemasan, dan direka khas untuk gaya hidup harian termasuk ke acara khas. LINE 32 direka dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, hasil idea Yvonne Lim, graduan fesyen berusia 24 tahun yang juga merupakan pengasas dan Pengarah Kreatif untuk jenama ini.

Frankitas
Bermula di Kuala Lumpur, jenama tas tangan Frankitas menampilkan rekaan fabrik buatan tangan. Jenama milik residen Malaysia Francisca Turner Shaik, atau lebih dikenali sebagai Franki menampilkan kombinasi nama Franki, dan ‘tas’, bahasa Indonesia untuk beg tangan. Koleksi moden jenama FRANKITAS hadir dalam rekaan tekstil etnik tradisional dengan rekabentuk kontemporari, sesuai dibawa ke acara khas atau bersantai dengan rakan-rakan.

Comoddity
Vincent Siow, nama yang semakin dikenali dengan rekaan silang-warna beliau. Potongan bergaya dengan aplikasi warna ‘blocking’ dalam kesemua rekaannya menjadi sebutan dalam industri tempatan. Comoddity merupakan gabungan perkataan ‘common’ dan ‘oddity’, fesyen terbaik buat si jejaka kontemporari.

Dipped Row
Cetusan idea Karina Ali Noor, Tengku Azura Safiyuddeen dan Lina Esa yang meninggalkan dunia korporat lantas menzahirkan Dipped Row, jenama unggul fesyen barangan kemas dengan harga berpatutan. Segalanya yang diperlukan dari barangan kemas eksklusif sehinggalah ke aksesori harian, Dipped Row menawarkan harga mampu milik buat rakyat Malaysia.

Christy Ng
Jenama yang bermula sebagai hobi biasa kini melangkah jauh merentasi sempadan negara ke Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Australia, termasuk Eropah. Christina Ng bersama pasukannya komited dalam menghasilkan kasut tempahan khas dalam pelbagai bentuk dan saiz. Pasukannya turut mereka-cipta, membangun dan menghasilkan sendiri kesemua produk mereka di Malaysia selain berusaha melakukan inovasi untuk gaya serta keselesaan.

Jeoel
Jeoel (disebut sebagai Ju-Well) merupakan jenama baharu ciptaan tempatan oleh kumpulan DeGem. Ilham dua bersaudara dalam usia 20-an, Jiayueh dan Sylvia menampilkan koleksi barang kemas mampu milik untuk mereka yang moden dan kekal aktif di laman atas talian.

Bersempena semangat “Kebanggaan Malaysia”, kempen “GEMILANG Merdeka” GEMFIVE diteruskan sehingga 31hb Ogos 2015. Tawaran harian serendah RM5.80 sehingga penjimatan 58% untuk produk terpilih selain RM580 untuk barangan premium yang merangkumi segmen Fesyen, Elektronik, Kecantikan dan Kesihatan, Gaya Hidup & Kediaman serta Ibu & Anak.

Merancakkan lagi tawaran harian istimewa ini, pelayar boleh berjimat lebih apabila berbelanja di GEMFIVE sepanjang kempen berlangsung. Nikmati ganjaran penjimatan dalam setiap perbelanjaan! Potongan harga tambahan:

RM20 dengan setiap perbelanjaan minima RM100 dalam satu transaksi (Kod GEMCash: GEM5M20)
RM50 dengan setiap perbelanjaan minima RM200 dalam satu transaksi (Kod GEMCash: GEM5M50)
RM100 dengan setiap perbelanjaan minima RM350 dalam satu transaksi (Kod GEMCash: GEM5M100)

* Terhad untuk 1 kali penggunaan bagi setiap pembeli dan 2,000 penebusan yang pertama sahaja.

* Tertakluk kepada terma & syarat

Raikan bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 bersama GEMFIVE! Layari www.gemfive.com untuk membeli-belah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Stacy Peluk Agama Islam

Terapi Diri Dengan Zikir Buat Hati IF-ONE