in ,

Jemputan SANTAI BERSAMA BUDIEYBUDDIES di Sunway Lagoon

Salam sejahtera buat semua Budieyators,

Buat julung-julung kalinya, Youtuber BudieyBuddies akan menjalani pengambaran Travelogue Mandi Manda & Bersantai di Sunway Lagoon Theme Park pada 13 September ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Rakaman ini akan dibuat oleh videografer rasmi kami iaitu The Darkness Studios bersama jurugambar rasmi Budiey.com iaitu Firman Mohtar.

Untuk info pembaca, Taman Tema Sunway Lagoon kini menjadi antara daya tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara kerana banyak sekali permainan dan lokasi santai bersama keluarga dan rakan-rakan terdapat di sana.

Jemputan SANTAI BERSAMA BUDIEYBUDDIES di Sunway Lagoon

Jemputan SANTAI BERSAMA BUDIEYBUDDIES di Sunway Lagoon

Dengan ini kami ingin menjemput 20 orang Budieyators yg sudi join acara #SantaiBersamaBudieyBuddies di Sunway Lagoon. Tempat sangat terhad.

Sekiranya anda tidak menang tiket PERCUMA dari kami, jangan risau, anda boleh join juga acara ini dengan membeli sendiri tiket di kaunter nanti.

Mereka yang terpilih akan dapat beramah mesra bersama selebriti & yang penting wajah korang akan turut tampil dalam vlog Youtube Channel Vlog BudieyBuddies.

Follow kami di Instagram @budieybuddies

Cara Untuk Mendapatkan Jemputan Eksklusif SANTAI BERSAMA BUDIEYBUDDIES di Sunway Lagoon:

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers BudieyBuddies di media sosial. Sila ‘Like’ Facebook page BudieyBuddies dan ‘Follow’ Instagram BudieyBuddies: @BudieyBuddies

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya ingin menyertai Santai Bersama BudieyBuddies kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

3. Sila emelkan slogan anda:

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Jemputan SANTAI BERSAMA BUDIEYBUDDIES di Sunway Lagoon 

Tarikh tutup peraduan:

12 September 2015 (Hari Sabtu)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait!

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia’s Biggest Online Sale, #MYCYBERSALE Is Back This Year

Sekitar Pelancaran JAPANESE FILM FESTIVAL 2015