in

Jemputan Rakaman Mentor Raya Musim 6

Kepada pembaca yang minat dengan program TV Mentor ni, pastinya dah tahu tentang jemputan ini sebab dah keluar pun kat TV3 di mana korang boleh menjadi penonton untuk rakaman ini. Untung-untung, dapat masuk TV kan. Hehehe..

Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diserikan lagi dengan pelbagai program-program menarik TV3 untuk tontonan seisi keluarga.

Program realiti yang popular, MENTOR juga tidak ketinggalan untuk menjalani rakaman khas episod Syawal yang membariskan gandingan sifu dan protege musim ke- 6 seperti Faizal Tahir & Anas, Ella & Caroline, Ferhad & Tisha, Adam & KJ, Ramlah Ram & Ana Syuhada, Fauziah Dato’ Ahmad Daud & Zatul serta pengacara jemputan Mas Idayu dan juara Mentor musim ketiga, Black.

Sebelum bermulanya rakaman Mentor Raya pada malam itu, majlis mengambil kesempatan untuk meraikan kejayaan ketiga-tiga finalis iaitu Caroline (Juara), Zatul (Naib Juara) dan Anas (Tempat Ketiga) dalam program Mentor musim ke-6 dengan sesi penyerahan cek.

Tarikh / Hari : 1 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 7.00petang ( majlis bermula jam 8.00malam)
Tempat : Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Aturcara

7.30malam : Jamuan Berbuka Puasa

8.30malam : Majlis Penyerahan Cek kepada para pemenang

9.00malam : Sesi Rakaman Mentor Raya

Budiey juga turut dijemput untuk buat liputan rakaman ini. Kepada pembaca yang nak join tu, sila kan lah. Kita jumpa di sana ya.

Mentor 6

Mentor 6

Mentor 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Episod Ramadan Bersama Naida

Bekas Isteri Hattan Saman Blog Hiburan Kerana Fitnah