in

Jelajah Anugerah Skrin 2012

Debaran Anugerah Skrin semakin hampir… ramai yang menantikan ASK  2012. Tidak dinafikan juga ramai peminat yang tercari-cari kat mana nak dapatkan tiket untuk menonton secara langsung Anugerah Skrin.

Seperti yang anda sedia maklum, malam anugerah yang memberi pengiktirafan kepada para karyawan seni tanah air bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 9 November 2012 (Jumaat) jam 9.00malam.

Untuk menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2012, TV3 menganjurkan Jelajah Anugerah Skrin 2012 bersama artis-artis popular seperti Adi Putra, Nabila Huda, Almy Nadia, Diana Danielle, Diana Amir, Izreen Azminda, Nad Zainal, Johan As’ari, Elfira Loy, Fida Ibrahim, Talha Harith, Amran Ismail, Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza yang bakal menghangatkan susasana di lokasi kedua Jelajah ASK 2012.

Acara tersebut juga akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian hebat daripada Tomok dan Anas Ridzuan (Mentor 6) serta pengumuman juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2.

Jelajah Anugerah Skrin 2012  berlangsung pada 21 Oktober 2012 jam 3 petang di Centre Atrium, Ground Floor, e@curve, Mutiara Damansara.

Selain dapat bertemu selebriti dan persembahan artis, anda mungkin akan mendapat pass untuk ke Anugerah Skrin. Jadi… jom ke sana!

Semua pembaca budiey.com dijemput hadir.

Anugerah Skrin 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maharaja Lawak Mega 2012 Bakal Umum Peserta

Fan Dj Lin Cintamania Sambut Hari Jadi Anak DJ Lin