Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Jawapan Trivia: Sheila Rusly Pelakon Drama Anak Betong



Jawapan kepada trivia Cincin Siapa Ini ialah SHEILA RUSLY.

Siapa kata pelakon yang bertudung dah tak laris. Ha, Sheila Rusly dah buktikan bahawa dia tetap bertahan sampai kiini walaupun dah bertudung. Tapi watak Malika di tangan Sheila Rusly kali ini adalah antagonist.

Menurut Wikipedia, antagonis bermaksud: Antagonis merupakan watak atau sekumpulan watak, atau, kadang-kala merupakan institusi suatu kejadian yang mewakili pembangkang menentang hujah-hujah pihak protagonis (dalam maksud lain, antagonis adalah watak hitam). Dalam gaya klasik sesebuah cerita di mana aksinya terdiri daripada seorang wira menentang seorang penjahat, kedua-dua mereka boleh diambil kira masing-masing sebagai protagonis dan antagonis.

MESKIPUN sudah bertukar imej dengan tampil bertudung dan berpakaian gaya muslimah, pelakon Sheila Rusly mahu membuktikan dirinya tidak terhad hanya melakonkan watak baik, malah buat pertama kalinya sekembali beliau daripada mengerjakan fardu haji di Makkah awal tahun lalu, pelakon dan pengacara itu tampil dengan watak antagonis menerusi drama bersiri terbaru, Anak Betong.

Drama arahan Jinggo itu diterbitkan JS Pictures Sdn Bhd.

Jika selama ini, ramai pelakon yang gusar periuk nasi mereka tersekat sekiranya tampil bertudung, sebaliknya pelakon yang lima tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu percaya rezeki ketentuan Allah SWT.

Sheila akui, ramai artis Malaysia yang sudah berhijrah tetapi mereka masih aktif dalam bidang seni seperti Aida Radzwill, Nora dan Safura sekali gus membuktikan artis bertudung tidak pernah dipinggirkan. Malah, dirinya percaya Tuhan pasti membuka pintu rezeki seluas-luasnya pada umatnya yang berhijrah daripada kehidupan silam.

“Saya mahu membuktikan pelakon bertudung tidak terhad melakonkan watak baik atau sebagai ibu dalam drama, malah ada watak hitam dan antagonis yang boleh dilakonkan. Dulu saya lihat artis kita takut nak bertudung sebab bimbang periuk nasi mereka tergugat, tetapi kesedaran artis kita semakin menebal dalam memenuhi tuntutan Islam. Saya percaya Tuhan tidak akan tutup pintu rezeki seseorang yang memenuhi tuntutan agama, malah saya yakin pintu rezeki buat saya dan rakan artis lain yang bertudung akan terbuka luas. Saya juga nak membuktikan sesetengah pendapat bila bertudung, lakonan hanya terhad pada watak baik dan tidak mencabar adalah silap. Sebagai bukti, saya tampil dengan watak hitam sebagai seorang ahli sihir dan pengamal ilmu hitam bernama Malika dalam drama bersiri Anak Betong yang akan disiarkan di kaca TV3 menerusi slot Lagenda pada 26 Januari depan,” katanya pada majlis pelancaran Drama Anak Betong untuk slot Lagenda yang berlangsung di Cafe Felda Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Dalam Anak Betong, Selawat Syifa menjadi penawar bagi ilmu hitam yang diamalkan Malika lakonan Sheila Rusly sendiri. Selain Sheila Rusly, Anak Betong juga menampilkan pelakon Fizz Fairuz, Haire Othman, Ezany Nazarif, Linda Hashim, Wan Norazlin, Maya Matahari, Haiza, Bagio dan Normah Damanhuri.

Drama ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang selama sejam. Ulangannya boleh diikuti di kaca TV9 pada jam 8.30 malam. jangan lupa untuk menonton!

Korang dah tengok semalam drama ni? Boleh kongsi dan Kasi pendapat sikit kat sini?

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Slot Lagenda Perkenalkan Drama Anak Betong
  • Trivia: Jam Digital G-Shock Pelakon Mana Ni?
  • Gambar Sheila Rusly Bertudung
  • Jawapan Trivia: Anak Eizlan Yusuf dan Vie Shanti
  • Wahid, Azli, Lan Pet-Pet, Fauziah Nawi, Sheila Rusly Dalam Drama Ta’in
  • Sheila Rusly, Roy Azman dalam Masam Manis Ramadan
  • Sheila Rusly: Watak Wanita Paling Jahat Dalam Drama 2007
  • Trivia: Siapa Selebriti Pakai Cermin Mata Dolce&Gabbana?
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Jawapan Trivia: Erra Fazira & Engku Emran



  • 12 Komen untuk entri “Jawapan Trivia: Sheila Rusly Pelakon Drama Anak Betong”

    1. Qistina kata:

      aiii..pakai tudung ala tokti nampak??

    2. WEENEE kata:

      erk, walaupun gitu, leher itu tetap aurat

    3. Obefiend kata:

      the cancer of tudung siti is spreading……………
      run for your livessssssssssssssssssss

    4. aku biasa jer... kata:

      Aku pun perasan yg sheila ni pakai tudung tp nmpk leher n baju pun ketat..mcmana tu??

    5. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      Pendek kata kalo nak bertudung jangan jadi artis lah..

      Boleh tahan jugak tengok anak betong ni.. tp semalam baru jer 1st episode..

    6. june kata:

      erkk..nape jadi gini yer..

    7. qistina kata:

      tolongla support drama melayu,,,jgn terlalu fokus pada penampilan artis tu tapi tengok pada kekuatan crita tu sendiri…anak betong salah satu pembaharuan dalam misi melahirkan drama-drama melayu yang berkualiti so plez support ok…to sheila,,u are the most excellent actress,,,

    8. atie kata:

      best gak citer ni. aku biasa tgk kt tv9, siang aku keje. smlm tu sape ek yg muncul pkai jubah putih? aku agk2 malika kot. nampak gaya mcm dia jer. tp x tau la. tak sabar nak tgk mlm ni. aku mmg minat sgt kat k.shiela ni. all the best k.shiela..

    9. Nora kata:

      Saya pelik manusia skg ni, asyik lihat pada kekurangan orang lain…. tapi diri sendiri tu mcm mane…. dah confirm dpt masuk syurga ke..???… Kalau tak pasti lagi….buat amal banyak2, jgn asyik nak ambik tahu hal org lain je… Ape2 pun kak shiela…all the best to you…..Saya tak pernak miss satu episod pun… tak dpt tengok siang saya tengok mlm… he he he

    10. iza kata:

      cayalah citer anak betung…
      kalau letak orang lain untuk malika tu..
      mesti citer jadi xbest…
      sesuai benar kak shiela yang jadi…siap buat senget2 kepala tu….
      cayalah…banyak mesej yang patut ambil jadi tauladan

    11. is kata:

      walaupun sheila rusly memakai tudung, saya kagum dye dpt bwk watak jht. selalunye, wtk jhat dibawa oleh arts yg tidak memakai tudng tetapi sheila rusly telah membuktikkan bahawa tidak semstinya yg memakai tudung itu tidak boleh membawa watak jahat. kalo boleh saya nak sambungan anak betong 2. minggu ini minggu terakhir anak betong. tahniah diucapkan kepada sheila rusly

    12. nanba kata:

      pe tajuk lg yg fizz fairuz nyayi wak2 dye karaoke 2 ek?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK