Jawapan Trivia: Awal Ashaari Dah Ada Kekasih
Salam Ramadan kepada semua pembaca, raya dah nak dekat, korang dah beli baju raya ke? Kalau dah beli, apa warna kegemaran korang? Untuk tahun ini, Budiey pilih warna ungu walaupun warna pebret Budiey ialah warna maroon. Tapi untuk pelakon popular macam Awal Ashaari, dia suka dengan warna putih. Tak percaya, tengok sahaja fesyen yang digayakan Awal Ashaari masa menghadiri Majlis Berbuka Anjuran Astro.
Budiey ada siarkan trivia Sandal Putih Siapa? Mmm, dengan trivia dan pembayang yang Budiey berikan, ramai yang pandai meneka. Memang korang alert pasal artis~

Memang betul, dia ialah Awal Ashaari, antara hos yang terpilih untuk mengacara Program Sehati Berdansa musim baru nanti.
Memang sekarang jiwa dan hati Tauke pakaian jenama D&A ini sedang dimiliki seseorang. Patutla masa Budiey jumpa Awal Ashaari hari tu, ceria semacam jek. Apa-apa pun, sekarang ni masih dalam peringkat mengenal hati budi. Pucuk dicita ulam mendatang, ibarat mengantuk disorongkan bantal… memang Awal Ashaari inginkan gadis itu bertakhta di hatinya.

Diharap dengan terikatnya hubungan ini nanti akan tamatnya spekulasi dan gosip tentang kekeliruan status Awal Ashaari selama ini.
Kenapa Awal suka sangat dengan gadis tu? Mmm… dia seorang yang pandai berdikari, bukan jenis yang gedik-gedik dan mengada-ngada dan yang paling penting, sikapnya memang kontra dengan karakter Awal yang manja. Patutlah, sebelum ni hati Awal terkunci kemas untuk menerima cinta si gadis. Sekarang jiwa terisi dan hatinya berbunga-bunga menerima sekalung cinta.
Ini gambar fesyen baju Melayu Awal Ashaari. Nasib baik sampin pun tak putih, kalau tak sebijik macam orang nak pergi akad nikah.
Okay, pada yang nak beli kasut cantik-cantik, jangan lupa singgah di gerai kasut Awal Ashaari – Wedgie Wedges kat The Curve~! Untung nasib, boleh jumpa Awal kat sana~!

Tags: Awal Ashaari, Trivia
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 10th, 2009 at 1:52 pm
penah gi beli kasut kt wedgie wedges tu, tup2 terjumpe plak awal kt sana,hehe..x sangka tul! sempatla borak kejap n amek gamba ngan die..hihi..actually xtau pon kedai tu die punye, mmg wedges die sgt cantek! i likeeee!!
September 11th, 2009 at 8:42 am
awal…hmm sgt manis pakai bj melayu gitu..awal mmg bijak berfesyen..so..good luck awal dgn cinta baru u..salam aidilfitri buat Budiey and wife………………….daaa..
September 12th, 2009 at 10:31 pm
“Hari-hari exercise……Everynight is a Friday Night”….. – From Syurga Cinta.
I hate that movie coz now my kid’s are starting to repeat that dialog again…again and again…..
Hwaaaaaaa……………
March 7th, 2010 at 11:07 pm
i minat tgk awal.. sbg lelaki die bijak berfesyen utk menjaga penampilan. fesyennye pun sentiasa kemas n x over. fesyen rmbut yg kemas patut dcontohi lelaki2 lain yg sy tgk skrg ni x tntu hala dah. i slalu buat dia sbg cth tuk advise my fiance spy b’gaya dgn btl. he2
June 11th, 2010 at 8:38 pm
owh..dah ada eyk..hahaha..x tw nak kataa pa..btw, all da bez!! btw, u look great in dat costume..
August 1st, 2010 at 8:21 pm
ingatkan scha aweknya ..bukan ke? Hai ada teka teki pula..
August 4th, 2010 at 6:49 pm
awal awal….cutelah tengok awal pakai baju melayu…sooo handsome!!!!!harap-harap awal bahagia dengan kekasih baru awal tu….amiiin!!!!