Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali & Adlin Aman Ramli



Jangan Tidur Lagi, sebuah lagi program temubual di TV3 menggabungkan hos Chit Chat, Azwan Ali yang laser dan Adlin Aman Ramli, pelakon yang pernah jadi hos Wakenabeb di NTV7 pada saya lebih unik dari Program Sensasi yang telah dibanned. Dua karakter berbeza ini akan menceriakan ruang masa penonton jam 11 malam mulai hari Rabu ini. Sudah tentu kelainan ini akan menggamit penonton yang biasanya dihidangkan dengan pelbagai corak program temubual seperti AC Di Sini, Anita, Macam-Macam Aznil dan macam-macam lagi. Persaingan yang sihat dalam perlumbaan dalam merebut takhta rating tertinggi?

Mampukah Azwan Ali dan Adlin memberi impak santai dan informasi berguna yang diinginkan oleh penonton? Atau sekadar satu program yang klise tanpa idea bernas yang segar? Pengalaman luas kedua-dua hos ini mungkin dapat menceriakan penonton tetapi dalam masa yang sama kita ingin lihat pembaharuan dan pengisian yang mantap.

Dengan mengupas pelbagai isu serius dalam suasana santai bukan mudah. Dua episod katanya dah pun selesai dirakam iaitu isu Mak Nyah dan Mat Rempit. Topik-topik lain yang akan diketengahkan ialah berkait dengan dunia selebriti, artis, gosip di sebalik tabir, muzik, sukan, fesyen dan gaya hidup yang dirakumkan dalam segmen Apa Yang Dibaca, Jom Tonton dan Jalan-Jalan.

Khabarnya, Azwan Ali dan Adlin dipilih setelah menjalani sesi uji bakat. Mmm… hos yang dah ada nama pun kena masuk audition gak kan. Susah jugak ngeh?

[tags]Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali, Adlin Aman Ramli, Sensasi, TV3, Wakenabeb, Program Temubual, Macam-Macam Aznil[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Azwan Ali Gedik?
  • Gambar Adlin Aman Ramli Pakai Rantai Salib?
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Syarifah Amani di Jangan Tidur Lagi
  • Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira Pengacara ABP 2008
  • Gambar Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di Zura Academy
  • Gambar Kekasih Serina Chef Wan
  • Biodata Adlin Aman Ramli – Penerbit Bersekutu Filem Haru Biru
  • Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Bertunang Akan Kahwin 23 Mei
  • Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila



  • 6 Komen untuk entri “Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali & Adlin Aman Ramli”

    1. headsteadi kata:

      suka gandingan kak ogy & salleh yaakub … happening

    2. kitoi kata:

      kak ogy???alahai..dia bercakap mcm bergegar je..over acting je lebih..buat2 le insaf…bukan nak sibuk tapi kita sesama islam harus nasihat menasihati…hehehhe

    3. SPORTY kata:

      ok

    4. akram kata:

      aku x suka tengok azwan bapuk tu..hehe mmg si bapuk tu over lar… bosan aku tngok sume rancangan dia.. mcm stupid x blajar… dasar pandan bapuk..

    5. yu, kata:

      aku x suka tengok azwan ali laser dalah dia 2 pondan tau x dan saya nak cakap klau berborak ngan artis janganlah tanya soalan panas 2 bodoh….

    6. Budak Otai kata:

      Azwan tu bapuk yg dibuat2..dah tak glamer,tuko `uniform` ler..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK