Jangan Pandang Belakang Catat Sejarah
Ini berita yang baru saya terima kiriman email daripada Metrowealth. Terima kasih Azahari!
Setelah mencatat sejarah tersendiri sejak pembukaan 5 April lalu, Jangan Pandang Belakang (JPB) telah merentas Selat Tebrau untuk mencatat sejarah manis buat Metrowealth dan dunia perfileman Malaysia. Jika sebelum ini filem-filem Malaysia ditayangkan di Kota Singa itu hanya terbatas kepada 3 buah pawagam sahaja, JPB atas permintaan pengedar dan pihak pawagam telah mengesahkan 13 buah pawagam seluruh Singapura akan menayangkannya serentak bermula 3 Mei 2007. Ini merupakan pembukaan terbesar filem Malaysia di republik tersebut, sebuah negara maju yang mula mengiktiraf filem Malaysia.
Rombongan dari Metrowealth terdiri daripada David Teo (Penerbit), Ahmad Idham (pengarah) dan Pierre Andre (pelakon) yang telah menemui pihak media Singapura pada 20 April lalu amat terkejut dengan sambutan dan perhatian yang diberikan terhadap filem ini. Tidak menyangka sambutan sehebat ini, En. David Teo selaku penerbit dan pengedar JPB menyifatkan perkara ini sebagai satu kejayaan luar biasa buat industri perfileman Malaysia. Segala usaha promosi akan dijalankan bagi memastikan JPB mendapat sambutan di sana termasuk menyertakan sarikata 2 bahasa utama iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Bukan setakat di Singapura, JPB telah berjaya menarik perhatian pengedar-pengedar antarbangsa yang lain tetapi masih diperingkat perbincangan. Antara negara yang telah menyatakan minat adalah Thailand, India, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.
Jangan Pandang Belakang, filem pertama di Malaysia menerima amaran daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri menasihatkan kepada ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung agar tidak menonton filem ini. Jangan Pandang Belakang juga adalah filem seram pertama yang dikategorikan dengan label U (13PG) di mana kanak-kanak di bawah usia 13 tahun agar mendapat bimbingan orang dewasa semasa menonton filem ini.
JPB telah mencatat kutipan tertinggi di hari pembukaan dengan kutipan sebanyak RM410,000. Penayangan melalui 55 salinan (print) di 51 lokasi untuk 2 minggu, Jangan Pandang Belakang telah mengutip RM 5 juta. Satu pencapaian yang amat di luar jangkaan dan jika sokongan padu berterusan diberi pihak media dan penonton, sasaran RM 7 juta sehingga tamat tempoh tayangannya akan menjadi kenyataan. Ini akan menjadi angka tertinggi dalam sejarah.
Peminat filem seram seluruh Singapura akan dapat saksikan Jangan Pandang Belakang pada 3 MEI 2007 nanti. Dianggap sebagai filem Malaysia paling besar pembukaan di Singapura dengan sarikata bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin, diharapkan Jangan Pandang Belakang mampu mencatatkan satu lagi sejarah tersendiri di negara orang.
Sekalung tahniah daripada Sensasi Selebriti! Kepada orang Singapura, jangan lupa bawa jaket atau selimut untuk tutup mata… ini petua daripada Mazen… penakut betul budak itu! Over tau sampai bawak selimut masuk panggung!
[tags]Filem, Jangan Pandang Belakang, Berita, Seram[/tags]
Tags: Berita, Filem, kutipan, Pierre Andre, seram, SingapuraClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 21st, 2007 at 3:12 pm
erm .. bagus2 … tapi aku tak tgk lagi .. adeiiii
April 21st, 2007 at 3:17 pm
Faidhi, tayangan minggu ni masih ada lagi. Ko kan sibuk dengan presentation… tunggu je VCD akan keluar dalam 2 bulan lagi.
April 21st, 2007 at 3:30 pm
ahaks … presentation tinggal 1 lagi .. sekarang da masuk mggu exam plak
April 21st, 2007 at 7:04 pm
omg! hebatnye. is that muvee betul2 menakotkan? saye pun taktgk agi.. ni menambah keterujaan ag nak tgk ni.. urm.. encik faidhi, jom? =p. (ahad n isnin ni off dr exam..=p) nextweek abes la exam saye! yadayadayada
April 22nd, 2007 at 1:25 am
hahahahha .. takpe2 … kalo tak pandang belakang camne ek nak bawak kete .. ermm
April 22nd, 2007 at 2:08 am
wakakaka.. betoi ke mazen… gud petua gak tu…
April 22nd, 2007 at 2:21 am
bagus2…seronok mendengar filem Malaysia dapat sambutan sebegitu..
April 23rd, 2007 at 9:39 am
oOO… budiey siap kutuk mazen lg. takper2… he he he. tu bukan ape tobymiaw cuma masa tu mazen terlalu lah berani sgt. 1st time tgk citer hantu melayu tau. sblm ni klu member ajak sumpah mazen takkan pergi. tp pernah jgk dorang tipu mazen dan nak tau ape terjadi? mazen tidur dlm panggung dari start filem sampai la abis. he he he… best kan…
April 23rd, 2007 at 9:48 pm
hi mazen.. apa kabor..
sebenarnya hype pasal keseraman cerita ni membuatkan orang begitu tertarik untuk tengok ceritani..
tapi masa tengok lagi, orang banyak tutup muka.. rugi aje duit
April 24th, 2007 at 10:45 am
two thumbs up for diz film……ayoyo..seram giler nengok citer ni:p
May 3rd, 2007 at 2:28 am
ermm..aku pun daa tgok citer nie..tabiik ahh..ada pmbaharuan utk indstri pflm malaysia..aku dri first start asyik ttup muke jer..cter2 antu krea jpun tuu bleylaa gakk aku bukak mataa..tp yg nie surender awl2..bley skit jntunng siott..lakonan rusminah sidek opah tua yg nyanyuk tuu..ak pling sukee..mmang mnjadikk..ak tbiik spriing arr kt diee..bguus metrowealth kli prtama ak rse cter antu diee btul2 cam cter antuu..xdelaa cam yg sblom nie ntah ape2 pnyer cter antuu..trutama klau prof tu yg wat..hampehhh..ape2 pun aku salute r citer nie..bek korunk pi tgok!!