Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Jangan Pandang Belakang – Apabila Yang Mati Bertemu Yang Hidup



 

Berikut adalah siaran akhbar untuk Filem Jangan Pandang Belakang

      Filem ke 21 terbitan Metrowealth Movies Production kali ini menampilkan sebuah filem paling seram yang cuba dihasilkan di Malaysia. Jangan Pandang Belakang merupakan sebuah filem hasil garapan daripada pengalaman dan pemerhatian penulis skripnya, Pierre Andre.

     Jika negara-negara Asia lain seperti Thailand, Korea dan Jepun boleh berbangga dengan filem-filem seram mereka, selepas ini kita boleh berbangga dengan terhasilnya Jangan Pandang Belakang.     

      Dengan bajet mencecah RM1.5 juta, Jangan Pandang Belakang telah menjalani pengambaran di sekitar Kuala Kangsar dan Ipoh, Perak sebanyak 60 peratus dan baki 40 peratus akan dihabiskan di sekitar Kuala Lumpur. Jangan Pandang Belakang adalah filem ketiga Ahmad Idham bersama Metrowealth Movies Production selepas Remp-it dan Tentang Bulan.

      Filem ini membariskan Pierre Andre sendiri sebagai pelakon utama. Beliau digandingkan dengan dua orang pelakon baru di bawah naungan MIG Talent iaitu Intan Ladyana dan Rio Elani. Intan pernah berlakon sebagai Tipah dalam Tipah Tertipu The Movie manakala Rio merupakan bintang baru yang dikenalpasti dapat diketengahkan bakatnya.

      Sudah pasti filem ini tidak akan lengkap tanpa kolaborasi pelakon baru dan bintang lama. kehadiran Khatijah Tan, Rusminah Sidek, Kamarul Yusoff, Jalaludin Hassan, Dian P. Ramlee dan beberapa orang artis veteran lagi pasti membuat filem ini lebih meninggalkan kesan di hati penonton.

     Gabungan para pelakon ini dimantapkan lagi dengan sokongan dari make up artist berpengalaman yang bertanggungjawab merealisasikan imaginasi penulis skripnya ke dalam bentuk visual. Pihak produksi juga telah menggunakan khidmat stuntman bagi menghidupkan beberapa babak khas.

     Kejadian yang menimpa salah seorang stuntman semasa pengambaran ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada semua yang terlibat. Namun, ia akan dijadikan azam untuk menjadikan Jangan Pandang Belakang ini sebuah filem yang hebat.

     Bagi peminat filem seram anda akan dapat saksikan Jangan Pandang Belakang pada 5 APRIL 2007 nanti. Perkembangan lain, MMP akan sekali lagi turun ke lokasi untuk pengambaran filem 9 SEPTEMBER 2006 dan awal Februari 2007 nanti.

Berikut beberapa foto adegan menarik.

 

Tags: , , , , , , , , ,

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Foto Sneak Preview Filem 9 September
  • Raya Pertama: Sifu & Tongga dan Jangan Pandang Belakang Congkak
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Filem Jangan Pandang Belakang Seram Giler!
  • Jangan Tegur
  • Jangan Pandang Belakang Catat Sejarah
  • David Teo: Personaliti Dunia Hiburan 2007
  • Video Sebalik Tabir Behind The Scenes Filem Jangan Tegur



    • erin

      ee.. takut, ajak la erin tgk movie ni budiey.. ehehe..

    • http://www.budiey.com Budiey

      Hi Erin, memang ngeri, katanya filem ni paling ngeri di Malaysia. Tak tau la rupa ngeri dia camna. Ok, kalau diorang invite I, nanti kita pi sama-sama…

    • Pingback: Sensasi Selebriti » Blog Archive » Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang

    • Emyn

      Waaah cam lambat je laik 5th april.

    • NoeL

      I dah tengok maser metrowealth buat tayangan perdana kat UiTM semalam,memang seram,plotnya x meleret dan lakonan heronya agak baik,
      cuma semasa hantu terbang perlu diperbaiki lagi….
      I bagi 4/5 pd filem ni…

    • zura

      Jangan pandang belakang…ngeri ar….

    • baby jane

      fuyo..cte ni cte plg eerie p’nh ak tgk..made in mesia.b4 ni ak sllu tgk cte antu japan..korea..omputih..tp kali ni mmg ak satisfied glr tgk JPB..seram beb..meh rmi2 tgk…ak siap ttp muka..tkt nk tgk..sound effect mmg best glr..smpi nk tdr pn t’igt..fuh..dahsyat tol..congrate pieere n abg idham..caya lh..

    • ermalisa

      perghh!
      mmg best r cite nih!salute r kat metrowealth..nih la filem yg paling seram kat malaysia!jln cite pun MEMANG BAGUS & boleh diterima akal.cite2 seram yg sebelum nih sumenye tergantung.ade yg setengah tu starting punye la seram tapi last2 rupanye mimpi je.utk filem nih i bagi 10/10……..
      TAHNIAH..!!

    • hawer

      cerita nih mmg seram giler!! mmg feel!! aku dh x berani nk balik kampung mlm2. jln cerita simple, senang paham, dan yg penting amaaaaatttt menyeramkan! x mcm movie hantu yg lain, gempak je lebih tapi hampeh! honestly,aku x pernah beli tiket movie melayu..tapi utk movie ni RM10 tu mmg worth it. syabas!! 5/5!

    • nini

      ok la cerita ni…usaha yang bagus utk mengetengahkan filem melayu..tapi pemilihan pelakon agak kurang baik terutama pelakun perempuan yang masih baru tu..agak membosankan sedikit….nasib baik ada pelakon2 lama yang mantap…2/5

    • ajiroh

      sokong ckp nini pasal pelakon perempuan ..tp lepas kluar panggung puas ati jugak la tgk citer nie.. aku bagi 4.5/5

    • hajar

      ooooo……best tuuuu!!!!gile..seram gak…tp x de la seram sangat cos…antunyer..cun…he..he…wakah2……..

    • teacher eghin

      JPB?… scary abis…
      kalah crita antu local yg lain lain…

      tak rugi tgk eventhough ada kelemahannye…
      -acting very very poor
      -dubbing pun poor jugak
      -ending tak best

      tapi tabik kepada…
      -plakon plakon lama asp makmah (cayalah makmah.. i love u)
      -sound effect ngam
      -scene scene yg suspen tu menjadikla

      teacher bagik 8/10

      good try ahmad idham!!!

    • hanny

      salam.stuntman yang meninggal tu paktih aku.aku rasa kehilangan sangat.bila aku tengok cerita ni , aku geram gak , gambar terjun bangunan tu sat sangat.kesian paktih aku ajalnya sudah disitu.apa pun , aku harap pihak depa jengok nenek aku dekat Raub.tak ada sapa pun produksi depa tengok nenek aku.!!!!!!!!!!!

    • inn_joe

      salam. saya dah tengok cerita JPB tu… memula nak tengok rase macam ngeri. tapi ‘kengeriannya’ mula hilang lepas ‘antu’ tia keluar dan melambai-lambaikan tangan setiap kali kamera aim kat die.. spoil betul. ade ke antu yang melambai2 & mengibar2kan tangan setiap kali kamera nak amik gambar? anyway, jln cerita dia bagus. cuma seramnya betul2 spoil sbb aksi antu tu…cuba korang tengok… antu tu macam terlampau sengaja nk menakut2kan penonton sampai ilang takutnya…pada aku, filem seram yang menakutkan tak perlu tonjolkan antu, cukup sekadar kelibat2nya, baru ada unsur suspen… cuba tengok POCONG 2?

    • qamarina

      waaa… memang best gile la cite nie.. menakutkan. kalau tengok malam2x, seram gile. sekali tengok pasti korang semue nak tengok lagi.. bagi aku filem nie memang best gile laaaaa…..

    • nur

      woi erin, kat cni ko nk bukak….. kat nama ko, ko x nk bukak….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK