• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008

6
  • by Budiey
  • in RTM
  • — 5 Nov, 2008

PENAMPILAN ISTIMEWA JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008 PERINGKAT ZON TENGAH SELANGORfm“PILIHAN TEPAT”

Pertandingan Bintang P.Ramlee merupakan sebuah pertandingan yang diasaskan oleh RTM dengan kerjasama kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 1993. Pertandingan yang diadakan dwi tahunan ini bertujuan untuk menarik minat remaja dan belia terhadap khazanah Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Pertandingan ini terbuka kepada mereka yang berusia 18 hingga 50 tahun dan diadakan dalam beberapa peringkat atau saringan. Saringan yang dimaksudkan adalah saringan awal di peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat zon dan peringkat kebangsaan. Pemenang atau peserta yang memenangi peringkat zon akan mewakili zon masing-masing di peringkat akhir pertandingan yang bakal diadakan di Sarawak pada 13 Disember 2008.

Zon-zon yang terlibat adalah; Zon Sarawak, Zon Sabah, Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis), Zon Tengah (Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur), Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Zon Selatan (Johor, Melaka).

Justeru stesen radio SELANGORfm, selaku tuan rumah bagi Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Tengah akan menganjurkan pertandingan tersebut di Pentas Terbuka Kompleks PKNS, Shah Alam pada 9 November 2008, jam 2.00 petang. Peserta diwajibkan untuk menyanyikan dua buah lagu, sebuah lagu solo dan sebuah lagi lagu duet dan juara peringkat Zon Tengah bakal membawa pulang hadiah yang cukup lumayan. Hadiah tersebut merupakan wang tunai bernilai RM 2,000.00 untuk juara pertandingan, wang tunai bernilai  RM 1,500.00 untuk naib juara, RM 1,000.00 buat pemenang ketiga dan sagu hati akan menerima RM 500.00.

Sembilan pasangan bakal bertanding di Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Tengah di PKNS nanti dan pasangan-pasangan tersebut akan mewakili negeri masing-masing iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Tiga pasangan yang mewakili negeri Selangor ialah; Suhaimi Ahmad, seorang Eksekutif Jualan bersama pasangannya yang berumur 19 tahun, Nur Audi Wajihah Mohd Razi. Pasangan kedua ialah Zainol Roslan, 22 tahun akan berganding dengan Norazwin Sharifuddin, 20 tahun dan pasangan ketiga ialah Ibnu Farid Kamaruddin, berasal dari Klang, Selangor bersama pasangannya Siti Sarah Mohd Sharir, seorang perekabentuk dalaman.

Tiga pasangan dari Negeri Sembilan pula ialah, Mohd Abi Naufal Mohd Suhaimi, 22 tahun bersama Nor Azura Abu Bakar, berusia 23 tahun. Pasangan kedua ialah Iskandar Ithnin dan Norshela Mustapar Kamar serta pasangan  ketiga yang bakal mewakili Negeri Sembilan di Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Tengah di PKNS, Shah Alam nanti ialah Mohamad Tarmizi Kassim, petugas di Pakatan Arkitek di Putrajaya bersama pasangannya Nurul Azuwa Abdul Rashid, gadis Seremban berusia 20 tahun.

Kuala Lumpur turut menghantar tiga pasangan iaitu pasangan pertama, Mohamad Razif Ayob dan Siti Noor Ain Mohd Rozi, pasangan kedua ialah Mohd Amerullah Zainudin, berusia 31 tahun bersama pasangannya Che Rohaida Che Daud, 30 tahun dan pasangan terakhir dari Kuala Lumpur ialah Redzuan Mastar dan isterinya Che Mah Sharif dan kedua-duanya amat meminati bidang nyanyian.

Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Tengah ini pastinya meriah dengan dendangan lagu-lagu hasil seni Seniman Agung AllahyarhamTan Sri P.Ramlee yang tentunya nostalgik. Pada hari pertandingan itu nanti, mereka yang hadir turut akan dihiburkan dengan persembahan artis undangan, iaitu Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah. Oleh itu, peminat-peminat lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee serta Jamal Abdillah bolehlah hadir di Pentas Terbuka Kompleks PKNS, Shah Alam pada 9 November 2008, jam 2.00 petang untuk menyaksikan Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Tengah.

SELANGORfm, stesen radio negeri Selangor boleh didengari di frekuensi 100.9mhz dan jika inginkan maklumat lanjut mengenai SELANGORfm, sila layari http://rms.mmu.edu.my.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: RTM

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story ESTANI, BERGERAK SEIRING TEKNOLOGI DI KLASIK NASIONAL
  • Next story DRAMA JUANNA LAKONAN SARI YANTI, ASHRAF MUSLIM, MARISSA YASMIN

ENTRI BERKAITAN

  • Pertandingan Bintang P. Ramlee Kebangsaan 2012 30 Nov, 2012
  • Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012 19 Jun, 2012
  • Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM 2009 1 Dec, 2009
  • Drama Qasidah Rindu Fatihah 7 Nov, 2011

6 Comments

  1. Honeybee says:
    Wednesday, November 5, 2008 at 11:24 pm

    Liza Hanim pun best gak nyanyi lgu2 Allahyarhm PRamlee .. suka dgr lgu LH nyaanyi lgu D Mna kan Ku Cari Ganti n Malam Ini Kita Brpisah.. syahdu gitu.. :(

  2. june says:
    Thursday, November 6, 2008 at 5:19 pm

    fuhh jamal abdillah mmg mantap…

  3. gee says:
    Monday, November 10, 2008 at 9:19 pm

    suka tengok persembahan pasangan juara bintang p ramlee 2008, harap2 dapat buat lebih baik kat sarawak nanti..

  4. gee says:
    Monday, December 15, 2008 at 11:29 pm

    bangganya zon tengah menjuarai peringkat kebangsaan bintang p ramlee pada tahun ni(2008)..8 tahun tu,merampas kembali selepas saudara musly ramlee mengondol piala..tahniah ibnu n sara!

  5. aidaamer says:
    Friday, May 8, 2009 at 12:28 pm

    Ye lah tu…ramai yg tak puas hati cara pengadilan pertandingan tu…yg patut menang tk dapat..bg kat org yg nyanyi sumbang ntah ape2…rtm sekarang memang tk boleh percaya lagi bab2 pengadilan…kate je pandai n establish dlm bidang muzik tp kalau pilih kroni n kena pakai kabel nam menang mcm mane tu..kesian ngan org yg betul2 berbkt..dah di cantas awl2 lg..

  6. abu says:
    Friday, February 15, 2013 at 3:02 pm

    Mohd Abi Naufal Mohd Suhaimi ni ke yang dok ngaku ahli PAS???

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.