in

Peminat Banjiri Lokasi Pertama JALAN-JALAN SEPAHTU SINAR

Pengemudi baru bagi segmen Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah pun mengembara di sekitar selatan dan bakal menyambung pengembaraan mereka ke utara negara bagi menjayakan program Jalan-Jalan Sepahtu Sinar. Salah satu misi jelajah ini adalah bagi mempromosikan rancangan Sarapan Pagi baru Sepahtu Sinar dengan menganjurkan sebuah program pencarian jaguh karaoke.

Pencarian Jaguh Karaoke Sepahtu Sinar Teruskan Jelajah Ke Kedah Sabtu Ini!

Seramai 3 ribu peminat telah membanjiri Plaza Angsana Johor Bahru pada minggu lalu! Ternyata, penangan trio baru bagi Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar mendapat sambutan hangat! Sesi awal mulanya pencarian jaguh karaoke ini dimulakan pada jam 10 pagi iaitu sesi pendaftaran bagi 30 orang yang pertama untuk pemilihan, sebelum 5 peserta akhir dipilih bersama- sama bersaing dengan 5 lagi peserta yang telah melalui ujibakat melalui telefon bersama Sepahtu Sinar.

Pencarian jaguh karaoke berjaya mengupas bakat warga Johor Bahru dengan adanya 3 pemenang seperti berikut ; Noor Jannah binti Abu Hanipah (Juara), Nor Fatihah binti Taib (Naib Juara) , Ema Fazuana binti Mehat (Ke-3) yang masing-masing membawa wang tunai berjumlah RM 3000 + trofi bagi tempat pertama, RM 2,000 bagi tempat ke-2 dan RM 1000 bagi tempat ke-3.

Peluang masih terbuka kepada anda! Kepada orang ramai yang ingin menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian, pihak Sinar FM ingin mengalu-alukan kedatangan anda untuk sertai sesi ujibakat yang bakal berlangsung pada hari Sabtu nanti bertempat di Amanjaya Mall pada jam 10pagi bagi 30 orang yang pertama bagi pemilihan 5 peserta akhir untuk menyertai 5 peserta lagi yang telah melalui ujibakat melalui telefon bersama Sepahtu Sinar.

10 finalis ini akan berpeluang untuk menjulang trofi Jalan-jalan Sepahtu Sinar dan memenangi hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM3000!

Peringatan! Para pendengar yang berminat untuk sertai pertandingan ini, haruslah menyediakan minus one sendiri.

Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM Shidah Khasim:

“Program Jalan-Jalan Sepahtu Sinar ini merupakan sebuah program pembuka tirai tahun baru 2016 bagi stesen Sinar FM. Kami membawakan Sepahtu Sinar kepada pendegar terutamanya yang berada di luar Bandar kerana lokasi begini banyak mendapat permintaan untuk bertemu serta melaksanakan beberapa aktiviti bersama mereka dan ini cara kami menghargai pendengar. Pengemudi Sepahtu Sinar juga bukan sahaja berada di Johor Bahru, malah lokasi seterusnya untuk pencarian jaguh karaoke ini akan bersambung di Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah Sabtu ini.Antara tujuan lain bagi mengadakan pertandingan yang mencari bakat terpendam masyarakat di luar bandar, kami juga ingin merapatkan silaturahim bersama pendengar di sana. Dengan adanya aktiviti karaoke sebegini, diharapkan agar pendengar sentiasa setia untuk bersama Sinar FM.”

Antara langkah lain untuk sertai pertandingan karaoke ini, setiap minggu Sinar FM akan mengeluarkan lintasan untuk memberikan peluang kepada pendengar yang berminat melibatkan diri sebagai salah seorang peserta dengan hanya menelefon konti Sinar FM dan menyanyi! Tunggu isyarat memanggil bagi pecarian jaguh karaoke Sepahtu Sinar bermula minggu ini.

Hadiah untuk pemenang seperti berikut:
Tempat pertama: RM 3000 + Trofi Jalan-Jalan Sepahtu Sinar
Temoat ke-2 : RM 2,000
Tempat Ke-3 : RM 1000

Maklumat Lokasi

Tarikh: : 30 Jan
Tempat: : Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah
Masa ujibakat: : 10 am

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Undi Peserta KILAUAN EMAS OTAI

Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati Shah Alam