in

Jaguh Kampung Tawar Hadiah Wang Tunai RM30,000

Selepas menyaksikan Kampung Lubuk, Batu Pahat Johor dinobatkan sebagai juara sulung program realiti masakan Jaguh Kampung pada musim lalu, pihak Astro Prima (Saluran 105) membawakan kembali program menarik ini untuk musim kedua. Mesti bestkan?

Mengekalkan format yang sama, Jaguh Kampung musim kedua merupakan rancangan memasak yang menemukan dua pasukan yang terdiri daripada wakil kampung yang berentap dalam pertandingan kalah-mati untuk menyediakan hidangan asli kampung mereka untuk merebut hadiah utama wang tunai RM30,000.

Jaguh Kampung akan dihoskan oleh Serina Redzuawan, selebriti Chef Matt dan Chef Norzailina Nordin serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti seperti Angah Raja Lawak, Kartina Aziz, Khairul Fahmi/ Apek (pemain bola sepak negara), Mek Nik Sayyidah dan Professor Izi Hj Ali.

Jaguh Kampung Tawar Hadiah Wang Tunai RM30,000

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brand New Corporate Identity & Flight Attendants Weekend Uniform

P1 says TRY ME at Half Price