in

Jadual Siaran Perlawanan Bola Sepak Euro 2012

Perubahan Waktu Siaran Rancangan di ntv7 Sempena Euro 2012

Hanya berbaki beberapa hari lagi dunia bakal menyaksikan kejohanan bola sepak paling berprestij untuk tahun 2012. Kita juga boleh membuat ramalan bahawa ramai penonton bakal melekat di kaca TV untuk menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA, Euro 2012 yang semestinya menjadi sebuah fenomena buat seluruh dunia. Tidak ketinggalan adalah saluran ntv7 yang bakal menyiarkan siaran ulangan perlawanan tersebut pada setiap hari pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam, yang turut bakal mengubah waktu siaran beberapa rancangan ntv7 buat seketika.

Slot siaran perdana seperti IRT Deadliest Roads, Breaking the Magician’s Code, Ghost Adventures Season 4, The V Squad, Bilik 7, Minute to Win It, serta drama bersiri Cina tempatan akan dihentikan sementara bermula bulan Jun untuk memberi laluan kepada siri perlawanan bola ini yang bakal diadakan dari 8 Jun sehingga 1 Julai.

Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata syarikatnya tidak sabar untuk menyiarkan siaran langsung dan siaran ulangan perlawanan itu di TV3 dan ntv7 apabila ia bermula 8 Jun ini. “Kegilaan bola kini semakin hampir dan kami telah bersedia untuk berkongsi keseronokan ini bersama seluruh Malaysia,” katanya.

Apabila tiada perlawanan dijadualkan di beberapa hari termasuklah pada 21, 26 dan 27 Jun, Saluran Ceria Anda akan menyiarkan beberapa filem Cina terkini – Romantic Dream (lakonan Lau Ching Wan, Leo Ku, Kingdom Yuen); Master Wong Lwn Master Wong (Alan Tam, Teresa Mo, Eric Tsang); dan Just Follow Law (Fann Wong, Gurmit Singh). Slot “Hong Movie Friday” yang bersiaran pada hari Jumaat jam 10 malam kini diubah siarannya pada hari Ahad jam 11 malam. Begitu juga dengan slot “Sunday Movie” yang sering menyiarkan filem Inggeris hebat kini akan disiarkan sementara waktu pada hari Sabtu, jam 11 malam sepanjang kejohanan bola sepak ini berlangsung. Ini bermakna para penonton bakal menonton kedua-dua slot menarik ini di sepanjang hujung minggu mereka.

Slot LOL (Laugh Out Loud) yang selama ini bersiaran setiap hari Sabtu jam 10 malam – 11 malam juga turut terpaksa dihentikan seketika bermula 9 Jun. Sebelum ini, slot itu diisi dua siri sitkom Hollywood hebat – Two And A Half Men Musim 9 dan How I Met Your Mother Musim 6. Selain itu, drama bersiri Hartamas musim 2, Incredible Tales musim 4, Exploration: Nature’s Deadliest dan CSI Miami musim 7 juga bakal mengalami perubahan siaran.

Siaran langsung dan ulangannya di TV3 dan ntv7 merangkumi 16 perlawanan termasuklah upacara pembukaan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir. TV3 akan menyiarkan kesemua 16 perlawanan itu secara langsung manakala ntv7 pula akan membawakan anda siarang tertunda dan ulangan setiap hari pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Berikut adalah jadual siaran perlawanan bola tersebut:

9 Jun Poland Lwn Greece
10 Jun Netherlands Lwn Denmark
11 Jun Ireland Lwn Croatia
12 Jun Ukraine Lwn Sweden
13 Jun Greece Lwn Czech Republic
14 Jun Netherlands Lwn Germany
15 Jun Spain Lwn Ireland
16 Jun Sweden Lwn England
17 Jun Greece Lwn Russia
18 Jun Netherlands Lwn Portugal
19 Jun Italy Lwn Ireland
20 Jun England Lwn Ukraine
22 Jun Suku akhir 1
23 Jun Suku akhir 2
24 Jun Suku akhir 3
25 Jun Suku akhir 4
28 Jun Separuh akhir 1
29 Jun Separuh akhir 2
2 Julai Akhir

Peminat bola sepak juga boleh menonton kesemua siaran perlawanan itu secara langsung melalui www.tonton.com.my atau menonton semula aksi perlawanan pasukan kegemaran mereka melalui laman sesawang yang sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlawanan Euro 2012 di ntv7, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook atau Twitter.

PENGUMUMAN PENTING :

Bermula 4 Jun, rancangan bual bicara ntv7, The Breakfast Show akan hanya bersiaran selama satu jam. Slot masa yang baru adalah pada pukul 8 – 9 pagi, Isnin hingga jumaat berbanding waktu asalnya pada 8.30 – 10 pagi. Dianggap sebagai bual bicara pagi yang menarik, The Breakfast Show telah pun berwajah baru sejak April lalu dengan pendekatan yang lebih padat dan komprehensif serta lebih segar. Tema berbeza setiap hari direka bagi memberikan pembaharuan dan memastikan penontonnya mendapat informasi tentang isu-isu terkini dan skop-skop eksklusif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MasterChef Selebriti Malaysia Uji Bakat Memasak 16 Selebriti

Tips Terbaik Memilih Jenis Lantai Rumah