Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Jadual Promosi Pelancaran Album Afgan Syah Reza di Kuala Lumpur Malaysia



“Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu…”

Yea, korang mesti minat dengan irama lagu ini… anda juga pasti minat dengan penyanyinya yang masih muda tapi bersuara matang ini. Dan pada korang yang tidak tahu, Afgan Syah Reza akan datang berkunjung ke Malaysia buat pertama kalinya…. !

Afgan, artis yang berasal dari Indonesia ini akan datang ke Malaysia bagi Pelancaran Album Pertamanya yang berjudul ‘Confession No 1′ bertempat di Hotel Istana pada 17 November 2008 di bawah naungan syarikat Metadome Sdn. Bhd. Antara lagu-lagu yang semakin kerap diperdengarkan di corong-corong radio tempatan adalah Padamu Ku Bersujud dan Terima Kasih Cinta.

Sempena pelancaran album tersebut pihak kami akan mengadakan pertandingan ‘Siapa Cepat Dia Dapat’ di mana 50 pemanggil pertama yang menghubungi talian kami (03-27156005) pada 13 Nov 08 dari pukul 6.30 ptg -7.00 ptg akan dapat menyaksikan Mini Show Case – Afgan pada hari pelancaran tersebut. Setiap pemenang layak membawa seorang teman dengan syarat membeli CD Afgan setiap seorang terlebih dahulu di kaunter pendaftaran yang dibuka pada hari tersebut.

Ini dia jadual rangka promosi Afgan sepanjang berada di Kuala Lumpur:

17 Nov 2008 (Isnin)
Mini Show Case Afgan jam 4.00 pm di Songket Lounge, Hotel Istana
Suria FM Radio Interview 9.30 pm – 10.30 pm

18 Nov 2008 (Selasa)
Hot FM AM Crew Radio Interview jam 7.00 am – 8.15 am
MHI, TV3 Interview + Performance  jam 8.30 am – 9.00 am
KL FM Radio Interview jam 10.00 pm – 12.00 am

19 Nov 2008 (Rabu)
Breakfast Show @ NTV7 TV Program (Talk Show) 8.30 am
Meet The Fans di Sungei Wang Plaza jam 7.45 pm – 8.30 pm

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Wajah-Wajah Afgan Syah Reza di Pelancaran Album Confession No.1
  • Sekitar Pelancaran Album Afgan Syah Reza Confession No. 1 di Malaysia
  • Promosi Awal Tiket Konsert SunBurst Kuala Lumpur 2008
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • Early Bird Promotion For Sunburst KL Pineapple Concerts
  • SINOPSIS DRAMA BERSIRI EZORA LAKONAN FAZURA DAN BEEGO
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Video Show Afgan Lagu Sadis di Hotel Istana
  • Video Afgan Nyanyi Lagu Padamu Ku Bersujud di Hotel Istana
  • Promosi AirAsia X Blast Off 2012



    • wani

      lagu SADIS mmg bes giler..

      mnyentuh..

      thanks to afgan..superb voice!!!

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Oooo.. Afgan Syah Reza tu 1 nama rupanya .. ingatkn Datuk Shah Reza wat album utk org2 kat Afghnstan.. sori ek ..

    • mk

      budiey,

      tq for jadual promosi Afgan sepanjang berada di Kuala Lumpur, me dpt jumpa Afgan kat Sg Wang..best giler sbb tak ramai org n malaysian tak perasan lagi Afgan n yg dtg semua fan dia yg boleh hafal lagunya.

    • yogi

      afgan memang best.apalagi lagu sadis & my confession.syahdu bgt.semalam dia nyanyi di acara miss celebrity indonesia…keren banget deh..

    • hezty

      kak afgan cakep bgt se q ngefens bgt ma ka afgan.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK