Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Jaclyn Victor & OAG Juara Ikon Malaysia Pertama

Tahniah! Tahniah yang melambung-lambung kita ucapkan kepada Juara Malaysian Idol pertama, Jaclyn Victor yang telah berjaya menjuarai Ikon Malaysia kategori solo dan juga kumpulan OAG yang menjuarai Ikon Malaysia kategori berkumpulan. Dayang Nurfaizah dan Mawi terpaksa menelan air liur kerana bakat dan kebolehan Jaclyn Victor seakan tiada tolak bandingnya.

Pentas Ikon Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan persaingan sengit kerana saya kira semua calon akhir mempersembahkan yang sebaik mungkin. Sekali sekala melihat persediaan yang begitu gah dari kumpulan Flop Poppy yang mengenakan pelbagai gaya pakaian dan menggunakan band iringan. Siap dengan trompet dan perkusi. Tetapi mungkin rezeki tidak berpihak pada Flop Poppy. Keunikan dan kelainan muzik rock dari OAG pernah menarik minat juri di AIM. Penampilan mereka santai dengan bersongkok dan berpakaian kasual. Suara Dayang Nurfaizah ada sedikit pecah di beberapa bahagian. Mawi yang tampil dengan kelincahan, gimik silap mata dan vokal yang mantap di pentas masih tidak mampu untuk melawan pukulan vokal yang cemerlang dari Jaclyn Victor.

Jacklyn Victor & OAG membawa pulang wang tunai sebanyak USD 2,500 (RM 8,550) serta sebuah trofi yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ikon Media, Richard Voon. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang. Bertemu lagi di Ikon peringkat Asean pada 12 Ogos 2007 di mana Jac & OAG akan dicabar dengan juara IKON Indonesia dan IKON Filipina bagi kategori masing-masing.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

ikon malaysia

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Biodata & Profile Jaclyn Victor
  • Vina Morales Juara Ikon Asean Kalahkan Jaclyn Victor & Judika
  • Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG, Flop Poppy ke Final Ikon Malaysia
  • Showcase Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor
  • Filem Estet Kisah Kaum India DiHaramkan?
  • Gambar Peminat Jaclyn Victor di AIM14
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Hady Mirza Pemenang Asian Idol Pertama
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Kuasa Huruf “I” dalam Program Realiti TV



  • 4 Komen untuk entri “Jaclyn Victor & OAG Juara Ikon Malaysia Pertama”

    1. Honeybee kata:

      OAG??? omg ….

    2. Honeybee kata:

      Latest news… UTUSAN>>>
      Anak Radhi OAG masuk ICU, jatuh kolam renang
      04/12/2008 6:19pm

      KUALA LUMPUR 4 Dis. – Anak vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali berusia tiga tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini selepas terjatuh ke dalam kolam renang di banglo neneknya di Petaling Jaya dekat sini pagi semalam.

      Kanak-kanak itu, Mohd. Rifdhi Muslim yang dimasukkan ke ICU sejak pukul 12 tengah hari semalam, kini dalam keadaan stabil dan tidak sedarkan diri selepas diberi ubat sedatif.

      Mohd. Radhi memberitahu, kejadian yang berlaku di rumah mertuanya itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Shazlin Sharif pada pukul 11.30 pagi semalam.

      *X de sape jaga ke?

    3. ummie cute kata:

      Ksian nye…. harap2 la ank dorang selamat.. mak bapak dh la ada kes..ank plak msk icu..ni la yg d katakan..sudah jtuh d timpa tngga.. tangga plak tak simpan lelok…hermmmmm…ksian budak tu…

    4. Honeybee kata:

      Kosmo! Online 6 Disember 2008 >> Negara

      Rifdhi dah sedar - Radhi

      KUALA LUMPUR - “Rifdhi dah mula sedar dan mampu beri tindak balas dengan gerakkan tangan dan mengangguk apabila saya dan isteri bercakap-cakap dengannya bermula tengah hari semalam”.

      Begitu kata vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG), Radhi (gambar) mengenai perkembangan anak tunggalnya, Mohd. Rifdhi Muslim, 3, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai kerana jangkitan kuman pada paru-paru setelah tenggelam beberapa minit dalam kolam di rumah neneknya dua hari lepas.

      “Dia hanya buka mata dan gerakkan tangan untuk cabut tiub di badannya, mungkin disebabkan tak selesa tapi setakat ini masih tak bercakap lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

      *Alhmdulillh .. smoga depa mndpt pngajaran n iktibar dr insiden ni..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK