in

Jack Neo Perlu Kotakan Janji Berenang di Singapore River

Selama 6 minggu selepas tayangan, filem terbaru Jack Neo Ah Boys To Men akhirnya menerima pencapaian terbesar melalui jumlah pungutan tertinggi filem Singapura sebanyak $6.03 juta (RM 15 juta).

ah boy to men

[pullquote align=”right”]Ia bukan sahaja boleh dianggap sebagai filem terbaik dalam sejarah Singapura tetapi juga mendapat kutipan box office tertinggi untuk filem berbahasa Mandarin di Singapura.[/pullquote]

Kejayaan ini bagaikan sebuah mimpi yang bertukar menjadi nyata kerana Jack Neo tidak menyangka kutipan box office filem ini akan menjadi sebegini baik. “Saya tidak dapat menggambarkan dan menjelaskan perasaan saya kerana sebelum ini saya hampir berputus asa atas sebab terpaksa melalui pelbagai rintangan kehidupan. Tetapi, disebabkan minat yang terlalu mendalam terhadap filem, saya teruskan perjuangan saya,” kata Jack Neo.

[dropcap]F[/dropcap]ilem Ah Boys To Men akan menemui penonton di Malaysia pada 20 Disember dan sempena promosi filem ini, beliau akan menjalankan sesi road tour di Melaka, Johor Bharu dan Kluang sebagai satu langkah untuk berkongsi berita baik ini dengan rakyat Malaysia.

Jack Neo juga berjanji yang dia akan berenang di Singapore River dengan semua pelakon Ah Boys To Men jika filem ini memecah rekod box office di Malaysia pula. Mari kita sama – sama tunaikan janji Jack Neo!

Ah Boys to Men diedarkan bersama di Malaysia oleh Grand Brilliance dan MM2 Entertainment Sdn Bhd.

Facebook :https://www.facebook.com/AhBoysToMen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Baru Musim Cuti Sekolah di Astro Ceria

Gambar Remy Ishak di Cabaran Skor Dashing Grand Final