in ,

Jaafar Onn Ditipu & Dikhianat Oleh Rakan Kongsi?

Dari dulu sampai sekarang, kita tak habis-habis membaca berita tentang artis kita sentiasa ditipu, ditindas, dieksploitasi dan dipergunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab yang mahu mengambil kesempatan. Masih ingat lagi dengan kes seorang lelaki yang pernah berlakon sebagai pak pacak dalam drama Ariana Rose yang telah ditahan oleh polis di The Curve baru-baru ini gara-gara sangat licik menipu selebriti. Dah ramai artis yang kena tipu dan Budiey sendiri menerima banyak sekali aduan daripada selebriti yang sudah terkena kencing si penipu ni. Macam-macam modus operandi yang dibuat. Sungguh berani, bijak kelentong orang dan bersikap kepura-puraan. Tapi sekarang ni, tak pasti apa nasib beliau, samada dilepaskan atau terpaksa di berdepan dengan mahkamah.

jaafar-onn

Terbaru, semalam, Budiey menerima panggilan daripada chef selebriti terkenal, Jaafar Onn yang mengadu dirinya juga telah menjadi mangsa penipuan bekas rakan kongsi yang menjalankan perniagaan restoran Mentara @Tiara yang dibuka di Taman Dagang Ampang, Ampang, Selangor. Restoran ini menyajikan hidangan dan sajian ala kampung yang mana Jaafar Onn sendiri sebagai pengajar kepada chef di restoran ini.

Al-kisahnya, Jaafar Onn mendakwa dia telah dipergunakan dan ditipu oleh orang yang kononnya mahu mengajak beliau menjadi rakan kongsi dan sekaligus telah melantik beliau sebagai pegawai pemasaran dan pengiklanan. Segala usaha untuk memperkenalkan restoran ini telah dibuat dan diwar-warkan melalui stesen TV, majalah, media dan surat khabar. Tapi hasilnya, segala usaha beliau tidak dihargai langsung. Itu menurut kata Jaafar Onn.

“Masa majlis malam new year, duit sound system tak abis bayar, duit khemah tak bayar, janji nak sedekah anak yatim, tidak dilaksana. Pihak penaja berikan beras tapi tidak disampaikan pada anak yatim…diguna untuk sendiri. Hanya guna title malam amal tapi tidak disampaikan kepada badan kebajikan yang berkenaan.” – Jaafar Onn

Sejak bulan November tahun lepas, gambar Jaafar Onn telah digantung di dinding dan digunakan untuk mengajar tukang masak tapi malangnya sikit pun tak dibayar. Menurut Jaafar Onn lagi, beliau sangat kesal dengan tindakan sambil lewa daripada rakan kongsinya apabila beliau mendapati telah dianiayai dan dikhianat tanpa dibayar. Selain itu, pelbagai kata-kata kejian pula dilemparkan kepada Jaafar Onn. Apa yang lebih malang lagi, pekerja restoran juga tidak dibayar gaji dan tidak ada epf dan socso.

Menyedari dia dipergunakan, Jaafar Onn berkata, pertama sekali, dia mahu bertindak untuk saman bekas rakan kongsinya itu di pejabat buruh.

Sekarang ini, impian Jaafar Onn untuk membuka restoran di London masih belum dapat direalisasikan kerana masih mencari modal.

Apa-apa pun, Budiey harap kes ini diselesaikan dan Budiey nasihatkan kepada selebriti agar berhati-hati dengan semua orang agar tidak mudah ditipu. Apa yang penting, setiap perbincangan, perlu ada hitam putih, surat perjanjian yang sah dan sebagainya.

jaafar onn

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mutu Kamera & Video Nokia Lumia 1520 Terbaik

Video Majlis Persandingan Resepsi Aril & Puteri