in , ,

Bintang K-POP J.HEART Teruja Untuk Berlakon Di Malaysia

Sempena menutup tirai 2015, C2K ENTERTAINMENT dengan kerjasama MERAKI INTERNATIONAL telah menganjurkan sesi video chat istimewa bersama bintang K-POP iaitu J.HEART dan HYUNMIN-A.

Sesi video chat yang diadakan pada petang 30 Disember 2015 selama sejam itu telah mendapat respon baik dan mengundang kejutan apabila kedua-dua bintang ini membuat pengumuman rasmi yang tidak diduga.

J.Heart yang merupakan ketua dan ahli kumpulan N-SONIC telah meluahkan rasa gembira serta teruja dengan menyatakan hasrat untuk berlakon sekali lagi di Malaysia bersandarkan pengalamannya berlakon dalam sebuah filem tempatan berjudul AH BENG bersama ahli N-SONIC yang lain.

Bintang K-POP J.HEART Teruja Untuk Berlakon Di Malaysia Lagi Selepas Diajar Cakap Melayu Oleh HYUNMIN-A

[dropcap]S[/dropcap]ementara itu, J.Heart yang banyak menunjukkan minat untuk mendalami bahasa Melayu dari Hyunmin yang merupakan juniornya juga tidak mengelak untuk belajar menyanyikan lagu berbahasa Melayu.

“Saya suka berlakon. Saya juga berlakon dalam muzik video solo terbaru saya. Jika ada peluang dan tawaran lagi, saya mahu berlakon di Malaysia,” ujarnya.

J.Heart juga telah menunjukkan bakat menyanyikan sedutan lagu Cindai dari Dato Siti Nurhaliza dalam sesi tersebut.

Dalam tempoh yang sama, Hyunmin (Ajieb Rosdi) yang berasal dari Johor turut meluahkan rasa rindu untuk mengacarakan program TV dan radio di Malaysia selepas hampir 3 tahun menjadi pelatih K-POP di Seoul, Korea Selatan

“Saya memang rindu nak mengacarakan program TV dan radio di Malaysia. Jika ada berpeluang, siapa tahu, saya juga boleh buat program istimewa bersama J.Heart nanti,” katanya yang masih menanti perancangan terkini untuk kerjayanya di Korea.

Kepada peminat K-POP yang mahu menonton video penuh sesi video chat ini, anda boleh terus ke saluran YouNow, JHeartNHyunminA . Pihak C2K ENTERTAINMENT dan MERAKI INTERNATIONAL juga bakal menyiarkan video penuh ini di saluran Youtube yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Sekalung penghargaan buat semua pembaca Budiey.com. Selamat Tahun Baru 2016 dan salam perkenalan dari C2K ENTERTAINMENT dan MERAKI INTERNATIONAL.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Sepanjang Hari 1 Januari 2016 di RTM

MENU DIET Cara Selebriti di TV2