in

Izzue Islam Takut Asma di Fear Factor Selebriti Malaysia

Setelah sibuk berlakon teater Maduku Kalut di Istana Budaya, Budiey telah dapat khabar Izzue Islam akan menjadi peserta program Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua tidak lama lagi. Namun, apa yang merisaukan, Izzue Islam takut dia diserang penyakit asma semasa menjalani penggambaran program Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan bermula 9 Oktober ini.

Menurut Izzue, jika penyakit itu menyerang dia bimbang akan menyusahkan pihak produksi selain mengganggu penggambaran yang dijangka selesai dalam masa dua minggu.

“Insya-Allah untuk menghadapi cabaran seperti berada di tempat tinggi atau dikurung bersama binatang berbisa mungkin tiada masalah tetapi saya cuma bimbang akan diserang asma. Bagaimanapun saya harap penggambaran itu nanti akan berjalan lancar dan dapat menyelesaikan semua cabaran dengan baik.”

Dalam perkembangan sama, Izzue berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dia tetap mencuri masa untuk melakukan senaman sebagai persediaan menyertai program tersebut.

Jelas Izzue, dia banyak melakukan senaman di pusat kecergasan dan berjoging bagi patkan stamina sebelum menyertai Fear Factor.

“Ini adalah satu cabaran untuk saya dan walaupun sedikit gementar ia tidak mematahkan semangat untuk menyertai program tersebut dan persediaan fizikal amat penting.”

Sementara itu, mengulas mengenai tuduhan kononnya dia menipu wang peminat dengan menjual telefon bimbit sebelum ini, Izzue menjelaskan dia tidak teragak-agak membuat laporan polis kepada pihak yang menggunakan namanya atas tujuan berkenaan.

“Saya masih boleh bersabar dan telah menjelaskan kepada peminat keadaan sebenar supaya mereka tidak tertipu dengan penjualan telefon bimbit yang menggunakan nama saya itu. Setakat ini tiada mangsa terbaharu yang tampil membuat aduan selepas tiga orang berbuat demikian sebelum ini dan jika ada saya sendiri akan membuat laporan polis.”

Dalam perkembangan lain, Izzue akan kembali sibuk dengan aktiviti seninya dan selepas pulang dari Cape Town nanti. Sumber: Mstar Online

izzue islam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izara Aishah Sibuk Berlakon Drama Cinta Mat Semprit

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL