in , ,

Izara Aishah Sibuk Berlakon Drama Cinta Mat Semprit

Sempena menghayati pengertian dan kepentingan hari Raya Aidil Adha pada tahun ini yang jatuh pada 15 Oktober nanti, TV3 khabarnya akan memeriahkan sambutan dengan menyajikan himpunan rancangan-rancangan hebat termasuklah telemovie “Cinta Mat Semprit”. Karya sutradara Raja Ahmad Alauddin ini menampilkan tonggak utama Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha dan Roy Azman.

Selepas tampil dalam filem KL Zombi, Budiey jarang nak nampak pelakon cantik manis duta Inner Shine ni nkat TV. Walhal, rasanya ada je Izara Aishah berlakon, cuma tak sempat nak tengok je. Kali ini, berita terbaru Izara akan berlakon dalam drama Cinta Mat Semprit bersama dengan Fasha Sandha.

Drama ini mengisahkan tentang Kak Lola yang merupakan seorang peniaga kuih semprit terkenal di kampungnya. Namun, Chef Kamus dengki dengan bakat membuat kuih Kak Lola. Chef Kamus ingin mengetahui bahan-bahan dan rahsia yang digunakan oleh Kak Lola. Jadi, Chef Kamus meminta Ariani menjadi perisik dan berkawan dengan anak Kak Lola iaitu Ariel. Apakah yang akan berlaku selepas itu?

Pada minggu depan, Budiey telah dijemput untuk menghadiri sesi bersama pelakon di set pengambaran di lokasi drama ini yang akan diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Tengok pada tajuk drama ini, Budiey dapat bayangkan drama ini adalah sebuah drama yang lucu dan romantik komedi. Tengok dulu macamana sebab Budiey pun teruja nak berjumpa dengan pelakon Malaysia yang berlakon di Hollywod, Aeril Zafrel. #eh?

Izara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Exclusive Interview With Jason Silva Host Brain Games

Izzue Islam Takut Asma di Fear Factor Selebriti Malaysia