in

Izara Aishah Mohon Maaf Dituduh Tidak Berdisiplin

Izara Aishah Mohon Maaf : Izara Aishah mohon maaf apabila dituduh dan dikatakan tidak berdisiplin dan sudah mula membuat perangai. Heroin Vanilla Coklat itu dikatakan sering datang lewat ke lokasi penggambaran dan fotografi.

Izara Aishah

Pihak produksi menyatakan terpaksa menunggu sehingga 2 jam. Kata sumber, alasan yang sering diberikan Izara adalah dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan masih dalam perjalanan. Adakalanya Izara tidak menjawab panggilan telefon.

Walaubagaimanapun, Izara menjelaskan bahawa cerita yang disebarkan itu sekadar salah tanggap sesetengah pihak. Izara datang lewat bersebab, dan bukan kerana sengaja.

Jika Izara tidak dapat sampai pada masa yang telah ditetapkan, Beliau akan hubungi mereka terlebih dahulu. Izara tidak pernah mendiamkan diri atau tidak menjawab panggilan telefon seperti yang didakwa.

Mereka (pihak produksi) sendiri tidak kisah jika Izara lambat dan selalu menuruh Izara agar tidak tergesa-gesa ke lokasi penggambaran.

Cerita sebegini tidak mencalarkan reputasi Izara kerana Izara boleh perbaikinya. Izara akan pastikan tidak lagi datang lewat ke lokasi dan lebih pandai menggunakan masa. Mungkin Izara akan bertolak lebih awal atau tidak mengambil kerja yang memerlukan Izara berada di kedua-dua tempat dalam masa yang singkat.

Izara yang kini sedang menjalani penggambaran drama Naziha untuk slot Zehra di TV3 setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam. Bermula bulan Julai depan pula, Izara bakal menjalani penggambaran filem Vanilla Coklat The Movie pula.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awi Rafael Mengaku Bertatu & Memohon Maaf

Heliza Helmi Pengacara Program Rasa Halal Antarabangsa