in

Izara Aishah Kini Jadi Duta Produk Innershine Camu Camu

Wow, akhirnya pelakon jelita terkenal, Izara Aishah telah mendedahkan ‘buah hati pengarang jantung’nya! Haaaa… siapakah? Siapakah jejaka tampan yang bertuah itu? Ramai yang meneka gerangan sebenarnya kekasih baru Izara Aishah ni. Apa-apa pun, Izara dah pun mengumumkannya!

Izara Aishah

Ya, masa yang dinantikan oleh peminat telah tiba. Pada 4 Jun lalu, Budiey sempat menghadirkan diri di Malam Gala Innershine sempena dengan pelancaran produk terbaru serta Majlis Pelancaran Duta Terbaru Innershine yang diadakan di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur.

Sebelum meneruskan entri ini, Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon si cantik manis, Izara Aishah yang telah dilantik menjadi duta produk terbaru BRANDS Innershine Pati Prun Dengan Camu Camu. Wallaweh! Meletop habis Izara Aishah nih!

Izara Aishah

Budiey lihat majlis pelancaran kali ini tak seperti majlis pelancaran yang biasa dibuat kerana ia ada konsep glamor bertemakan rama-rama yang menjadi simbol kepada kejelitaan dan keanggunan seorang wanita.

Semua hadirin dilihat memakai pakaian tema berwarna ungu, Fuh! Glamor sungguh dengan ramai model serta hadirin yang hadir dengan tema anggun tersendiri, menjadikan majlis ini sangat happening!

Tengoklah sendiri pada kad jemputan yang dihantar kepada Budiey, berupa sebuah kotak khas, cukup eksklusif berisi sarung tangan putih dan topeng muka warna ungu. Majlis bertambah meriah apabila Altimet dan Adeep tampil memberi persembahan mantap sebagai hiburan dengan mendendangkan lagu Cantik dan Izara Aishah muncul di pentas dengan senyuman berseri-seri bak puteri. Sungguh cantik dan anggun sekali!

Izara Aishah

Hadir sama pada majlis gilang gemilang itu ialah Timbalan Presiden dan Pengurus Besar, Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang dan juga Pengurus Pemasaran Cerebos Malaysia, Carmen Liew.

Rupa-rupanya, cinta misteri Izara Aishah ni sebenarnya ialah produk BRANDS Innershine Pati Prun Dengan Camu Camu. Huhu, patutlah kulit Izara Aishah nampak semakin cantik menawan, Izara ber’cinta’ dengan produk ni rupanya. Kalau macam tu la gayanya, Budiey pun nak cuba jugak lah. Harap-harap kulit licin berseri macam Izara. Budiey dapat tahu, produk ni bukan sembarangan ye, sebab formulasinya dipertingkatkan lagi dengan zat dan ramuan detoksifikasi tambahan yang diperkayakan dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon yang digelar buah berkualiti tinggi. Pergh! Hebat tu!

Itulah rahsia sebenarnya yang telah terbongkar.

Selain dihiburkan dengan persembahan tarian Latin yang menarik, Budiey lihat hadirin semua terpukau dengan tayangan iklan terbaru Innershine yang dilakonkan oleh Izara Aishah. Memang superb! Anda boleh tonton sendiri di kaca TV nanti. Lawa giler Izara Aishah ni wei!

Pada malam tu juga, hari ini dalam sejarah! Budiey dan semua yang hadir pertama kali merasai BRANDS Innershine Pati Prun Dengan Camu Camu. Rasanya sangat best. Manis dan pekat. Packaging botol yang senang dibawa ke mana sahaja dan sesuai di makan setengah jam sebelum makan. Elok diminum sebelum tidur juga.

Nama pun makan malam gala, jadi tak sah kalau tak makan dengan makanan eksklusif kan. Kami dihidangkan dengan santapan yang memang sedap-sedap belaka. Sebelum ke sidang media, pula, kami dihadiahkan sebuah kotak khas cukup istimewa untuk dibawa pulang. Kotak hadiah cenderahati ini berisi 3 botol BRANDS Innershine Pati Prun Dengan Camu Camu dan seutas rantai rama-rama yang cantik menawan. Memang sesuai dan padan dengan tema pada malam tu kan?

Budiey rasa 3 botol tak cukup, jadi Budiey akan beli produk ni untuk diberikan kepada famili dan isteri Budiey jugak nanti. Pada pendapat Budiey, rasa BRANDS Innershine Pati Prun Dengan Camu Camu ni lebih sedap dari Prun Plus. Teksturnya pun licin dan senang je diminum. Habis sebotol rasa nak lagi. Tak sebotol sehari dah cukup sebenarnya untuk membekalkan vitamin berkhasiat yang diperlukan untuk kecantikan kulit.

Sekarang ni, Budiey senyum sendirian bila Izara Aishah cakap dia sayhang kat produk BRANDS Innershine Pati Prun Dengan Camu Camu ni. Budiey pun rasa jatuh hati dengan ‘buah hati’ Izara Aishah ni. Eh, boleh pulak kongsi-kongsi buah hati kan? Haa, yang ni memang semua orang boleh rasa & nikmati. Manis, sedap & mmmmm… mantap!

Untuk info lanjut, Budiey dengan ini menjemput anda semua LIKE Facebook Innershine: https://www.facebook.com/innershineclub

Izara Aishah at the Launch of InnerShine Prune Essence plus Camu Camu

Mr.Koh Joo Siang and Ms Carmen Liew with the new face of InnerShine Prune Essence plus Camu Camu, Izara Aishah copy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Budiey Bersama Will Smith & Jaden Smith Pelakon After Earth

Drama Bersiri Planet Kiara Musim Kedua