in

Iz Sulaini Terjun Juram Gara-Gara Putus Cinta

Bukanlah perbuatan yang digalakan, tetapi itulah yang telah dilakukan penyanyi muda berbakat besar, Iz Sulaini kerana dia telah terjun juram di Angeles National Park, Los Angeles akibat putus cinta.

Entah apa yang difikirkan Iz Sulaini ketika terjun ke juram setingg 100 kaki itu dengan dirinya masih berpakaian lengkap bewarna serba hitam bagaikan sengaja mengundang maut datang kepadanya.

Iz Sulaini Terjun Juram Gara-Gara Putus Cinta

Inilah keistimewaan klip video daripada single terbaru milik Iz Sulaini, berjudul Cinta Akhir yang telah diarah dan dirakamkan sendiri bersama abangnya ketika berada di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk beberapa bulan pada Mac lalu.

Bercakap kepada portal murai.com.my, dia yang juga finalis One In A Million berkata, proses rakaman klip video berkenaan telah dijalankan bermula seawal jam 4 pagi sehingga 8 malam di tiga lokasi sekitar Los Angeles.

Iz Cedera

“Klip video ini telah dirakamkan di Oldtown Pasadena, Angeles National Park dan Burbank. Di mana saya dan abang saya telah sama-sama menjadikannya satu realiti. Agak takut juga untuk terjun ke juram ini kerana sepatutnya ada stuntman yang melakukan babak berkenaan tapi dia tidak dapat hadir di saat-saat akhir hari penggambaran. Jadi saya tidak ada pilihan lain, selain daripada melakukan sendiri babak terjun berkenaan, walaupun dalam hati Tuhan sajalah yang tahu betapa takut dan gerunnya saya untuk terjun. Sebelum terjun, aaya telah berdoa banyak-banyak kerana tidak mahu balik ke Malaysia dengan tangan kosong. Apatah lagi, dalam hidup saya tidak pernah terjun setinggi itu. Waktu penggambaran hari semakin gelap, jadi kami tidak ada pilihan lain daripada terus melakukan babak berkenaan dengan penuh tekad,” – Iz Sulaini

Kata Iz Sulaini, meskipun babak terjun juram berkenaan tidak boleh dijadikan contoh terbaik kepada mereka yang putus cinta tetapi diakhir klip video berkenaan ternyata mampu memberi makna positif kepada sesiapa yang menontonnya.

Menerusi klip video berkenaan, Iz Sulaini turut menyarungkan beberapa persalinan hebat rekaan pereka fesyen antarabangsa bagi menunjukan kecenderungannya berfesyen dan menyanyi dalam satu masa.

“Harapan saya supaya bakat saya selepas ini akan lebih dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi dan penulis lagu, tetapi juga sebagai pengarah klip video baru,” katanya ringkas.

Klik di sini untuk menonton klip video daripada single Cinta Akhir.

Iz Sulaini Terjun Juram Gara-Gara Putus Cinta

Iz Cedera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bront Palarae Nafi Sekeras-kerasnya Gosip Bercinta Dengan Cristina Suzanne

Sinopsis Filem JUVANA