in

IZ OIAM Teruja Berduet dengan Lea Salonga

Pada bulan lepas, salah satu impian IZ sejak berumur 12 tahun telah menjadi kenyataan apabila diberi peluang untuk berduet bersama pemenang Tony Award, Lea Salonga seorang bintang Broadway antarabangsa yang sangat terkenal di seluruh dunia di konsert sulung beliau di Malaysia.

Konsert itu telah diadakan di KL Convention Center bulan lepas tajaan bersama CIMB dan MAS Enrich.

Lea Salonga yang berasal dari Filipina ini amat terkenal dengan watak asal beliau sebagai Kim dari teater Miss Saigon, malah menjadi suara nyanyian kepada watak-watak kartun Disney iaitu sebagai Princess Jasmine (Aladdin) & Fa Mulan (Mulan).

Telah menjadi impian IZ untuk berduet lagu A WHOLE NEW WORLD bersama Princess Jasmine (Lea Salonga) sejak beliau masih berumur 12 tahun dan ketika ditemui, IZ merasa amat gembira apabila diberi peluang keemasan tersebut .

Kesempatan yang diberi untuk berduet dengan seorang artis bertaraf antarabangsa tersebut disifatkan IZ sebagai latihan sebelum ke USA bulan hadapan bagi mewakili Malaysia di WCOPA (World Championship of Performing Arts) nanti dalam kategori vokal lelaki.

Semalam, telah berlangsung satu preview WCOPA di sebuah kelab di Kuala Lumpur. Walaupun agak kurang sihat, IZ telah cuba menampilkan vokal terbaik. Beliau berjanji untuk membawa nama Malaysia dan pulang dengan kejayaan yang boleh dibanggakan. Selamat maju jaya, IZ!

Iz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Viral Ariel Peterpan, Luna Maya & Cut Tari Jadi Trending

Resepi Pelik Tapi Sedap Zamzarina & Zaibo