in

IZ OIAM Opening Act Usher Live in Malaysia

Peluang, nasib dan kesungguhan. Tiga perkara ini sangat penting dalam kehidupan setiap orang. Seperti juga dengan bintang realiti One In A Million, IZ yang berjaya melompat dari tangga ke setangga telah membuka mata ramai pihak. Kesungguhan untuk menempa nama sebagai penyanyi telah terpancar jelas dari pembawakan dirinya.

Lepas berjaya memboloskan dirinya merebut tiket mewakili Malaysia ke Hollywood untuk World Champianship of Performing Arts (WCOPA), kini Budiey diberitahu IZ yang beliau akan buat opening act untuk Usher Live in Malaysia minggu depan iaitu 7 Julai 2010. Satu kejayaan yang sangat membanggakan sebenarnya. Tahniah untuk IZ OIAM kerana peluang sebegini mungkin datang sekali seumur hidup. Semoga persembahan di pentas Usher ini menjadi medan pemanas suara buat IZ.

Budiey dikhabarkan IZ akan menyanyi lagu Inggeris dan turut memperkenalkan single Melayu secara rasminya berjudul JAUH ciptaan IZ dan Ikhsan Perdana. Sekarang ini, IZ tengah buat persiapan rapi untuk beraksi di pentas yang akan menjadi sejarah bagi peminat Usher di Malaysia. Difahamkan, ramai juga peminat Usher dan Brunei dan Singapura akan turun ke KL.

Untuk penampilan ini, IZ telah pun mendapat tajaan pakaian oleh Ashley Wong @ KAPAS. Kalau nak tahu, baju rekaan Ashley ni selalu diperagakan oleh Diva Anita Sarawak. Selain itu juga, persembahan IZ akan diiringi oleh 5 orang penari perempuan yang seksi.

Dari segi kemantapan vokal dan suara, IZ yang baru-baru ini dilantik sebagai duta Voices of Audio Technica juga akan menggunakan mikrofon yang ditaja khas oleh Audio Technica. Dengarnya, harga mikrofon tu mahal jugak dalam RM5,000 lebih cam tu. Audio Technica memang berkualiti dan satu jenama terkenal yang sinonim dengan Grammy Awards di Amerika Syarikat.

Sempena dengan KL Festival, IZ bersama Ratu Rock Ella juga diberi peluang untuk menghiburkan orang ramai di Majlis Pelancaran KL Festival 2010 yang bermula pada hari ini hingga 31 Julai 2010. IZ juga akan mengadakan persembahan khas si Konsert Alam Zoo Negara pada 10 Julai ini.

Good luck, IZ!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Hebat Sempena Ulangtahun Ke-12 NTV7

Gambar Sekitar Konsert Ella di Istana Budaya