in

Isu Panas Apabila Fattah Amin & Nur Fazura Tidak Jadi Tetamu MeleTOP

Beberapa jam sebelum program MeleTOP bersiaran di Astro Ria, Instagram milik MeleTOP telah menyiarkan gambar pengarah drama HERO SEORANG CINDERELLA Michael Ang dan pelakon Zizie Izette yang mewar-warkan mereka berdua menjadi tetamu di program itu mendapat pelbagai reaksi, komen dan respon dari peminat. Ramai yang tertanya-tanya, kenapa pelakon utama Fattah Amin dan Nur Fazura tidak dijemput untuk menjadi tetamu MeleTOP?

Bagi Budiey, mungkin kerana jadual Fattah Amin dan Nur Fazura begitu padat pada malam tersebut. Atau mungkin juga kedua pelakon utama ini akan menjadi tetamu di masa yang lain? Manalah kita tahu.

Isu ini menjadi hangat kerana ianya ada kaitan dengan pengacara MeleTOP iaitu Neelofa. Mungkin anda sendiri dapat bayangkan bagaimana perasaan ketiga-tiga pihak apabila bergabung semula dalam satu program MeleTOP yang disiarkan secara langsung. Apa-apa pun kita perlu berfikiran positif yang mana mereka akan bersikap profesional. Ya, Budiey harap mereka semuanya menjalani kerja dengan profesional. Bukan mengikut emosi.

Budiey ada juga membaca komen yang ditulis oleh netizens dan juga peminat Neelofa, peminat Nur Fazura dan peminat Fattah Amin. Pelbagai pendapat diutarakan sehingga mengeruhkan keadaan apabila terdapat beberapa komen-komen negatif.

Kepada yang menonton MeleTOP semalam, tahu apa yang berlaku. Malas nak ulas panjang.

Jangan gaduh-gaduh. Jangan komen negatif. Rileks sudah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Banjaran Wins Best Spa & Wellness Award For Two Consecutive Years

Shahrol Shiro Hos Travelog Rayau Kampung